Tuesday, June 16, 2009

H1N1 WABAK?

H1N1: 2 lagi kes baru, kini meningkat 17 kes

KUALA LUMPUR: Dua lagi kes baru Influenza A (H1N1) dikesan dalam negara, menjadikan jumlah kes-kes jangkitan penyakit itu sehingga pukul 2.30 petang ini berjumlah 17, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin, beliau berkata semua kes yang dikesan adalah kes import.

Katanya kes ke-16 membabitkan seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun yang merupakan pemastautin Amerika Syarikat yang berkunjung ke Malaysia untuk melawat keluarga di Sabah.

Katanya pelajar ini tiba di Kota Kinabalu dengan penerbangan MH385 dari Hong Kong pada 13 Jun lepas.

"Beliau dikesan dan disahkan demam semasa saringan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu di samping mempunyai simptom batuk. Kes in dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, dan beliau disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada pukul 12.17 tengah hari ini," menurutnya.

Dr Mohd Ismail berkata ibu pelajar ini yang juga menaiki pesawat yang sama diletakkan di bawah kuarantin dan berada dalam keadaan sihat buat masa ini.

Sementara itu menurutnya kes ke-17 pula membabitkan seorang wanita rakyat tempatan berumur 26 tahun, yang melancong ke Melbourne, Australia dari 4 hingga 13 Jun lepas.

Beliau berkata wanita itu balik ke Malaysia dari Melbourne dengan menaiki pesawat Air Asia X D7 2723 dan sampai di LCCT pada pukul 7.15 pagi, 13 Jun lepas.

Katanya wanita ini mengalami simptom jangkitan influenza semalam sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan dimasukkan ke hospital itu pada hari yang sama.

"Beliau disahkan mengidap influenza A(H1N1) pada pukul 12.35 tenga hari ini," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata Kementerian Kesihatan sedang mengesan kesemua kontak termasuk krew penerbangan dan penumpang MH 385 yang mendarat di Kota Kinabalu pada 13 Jun 6.10 petang dan Air Asia D7 2723 yang mendarat di LCCT pada 13 Jun pukul 7.15 pagi. BERNAMA

Tokeyai

Dalam kesibukan kita mewarnai politik tanahair yang berbagai-bagai adegan disajikan kepada kita berbagai-bagai alasan juga yang diberi kepada kita untuk menghalalkan tindakan ada yang dapat diterima dan ada yang memberi alasan bodoh untuk membodohkan kita tetapi kita tidaklah sebodoh mereka dalam berhujah dan berkata-kata seperti pengikut-pengikut BN ni...oklah kita lupakan dulu pasal politik ni benda yang tokeyai nak cakap ni pasal wabak H1N1 ni nampaknya dari sehari ke sehari kes ada dan semakin bertambah diawal waktunya dulu kecoh satu dunia termasuklah malaysia ni semua orang nampak gabra termasukalah tokeyai sampai nak pergi shopping kompleks pun rasa cuak tapi tu lah manusia ni sikapnya mulo-mulo ajo lopeih tu hampeh sikap tak kisah dan tak peka sudah menjadi lumrah sedangkan wabak yang ada ni amat bahaya sehingga boleh membunuh kita masih buat tak tahu ini yang tokeyai tersangatlah hairan bin ajaibnya apa langkah-langkah yang perlu dan patut dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk rakyat semua tokeyai tak nampak lagi cuma iklan-iklan kecil ditv biasa yang kadang-kadang aje orang tengok sebab orang banyak tengok astro apa yang tokeyai nampak cuma kakitangan kat hospital dan klinik-klinik kerajaan sahaja yang ada langkah tu sampaikan ketukang bersih pun disuruh pakai mask tapi yang peliknya orang yang datang kehospital untuk berbagai tujuan tidak pulak disuruh pakai mask apa nyawa kita orang tak bernilai ke memang nampak kecil aje benda ni tapi seandainya ada pembawa H1N1 dikalangan pengunjung dan duduk sama-sama menunggu giliran tidakkah ini akan membawa satu malapetaka penguatkuasaan yang tidak jelas dan berlagak pandai inilah wabak yang perlu dibanteras supaya H1N1 tidak menjadi wabak bagi malaysia ini ingat H1N1 bukannya Hanya Najib ianya selesema babi yang membawa maut...ingat tu

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran