Friday, June 19, 2009

REAKSI ONG TEE KEAT

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat menjawab melalui blognya terhadap dakwaan berhubung surat-surat yang didakwa menunjukkan beliau mendesak perdana menteri supaya meluluskan bayaran kos variasi bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebanyak RM1.2 bilion kepada pemajunya, Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Berikut adalah terjemahan jawapan Ong dalam blognya yang diterjemah dari bahasa Inggeris.

ong tee keat and pkfz report released 270509 2"Walaupun kini dalam lawatan kerja di Perancis, saya telah menerima banyak pertanyaan mengenai sama ada saya telah meminta bekas perdana menteri supaya meluluskan bayaran variasi sebanyak RM12.5 bilion kepada projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Salinan surat-surat berkenaan juga telah tersiar di Internet.

"Saya mahu membetulkan rekod bahawa arahan bayaran variasi itu telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) pada 2008. Lembaga tersebut telah menulis kepada saya, meminta saya menulis kepada perdana menteri ketika itu, yang juga menteri kewangan, supaya memohon dana tambahan. Di samping itu, PKA juga berdepan dengan risiko gagal membuat pembayaran memandangkan tarikh akhir untuknya memenuhi obligasi kewangannya semakin hampir.

"Dalam lain perkataan, saya hanya menyampaikan keputusan Lembaga Pengarah PKA kepada perdana menteri ketika itu. Saya juga, ketika itu, kurang dua bulan dilantik memegang jawatan menteri (pengangkutan) dan keputusan lembaga pengarah PKA itu juga dibuat sebelum saya menjadi menteri berkenaan. Di samping itu, Pricewaterhousecoopers belum pun memulakan tugas Semakan Kedudukan (PKA).

"Sebagai seorang yang mengarahkan PKA supaya menyediakan laporan bebas oleh firma perakaunan yang bereputasi, dan meminta hasilnya diumumkan, saya tidak apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Jika ada, sudah tentu saya tidak akan meminta dibuat Semakan Kedudukan (PKA) itu. Dari hari pertama lagi, saya telah meminta isu ini ditangani secara telus dan saya tetap berpegang dengan apa yang saya telah katakan.

"Adalah malang terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak selesa dengan perkara ini dan telah memilih untuk membuat pembohongan mengenai saya. Ramai daripada mereka bersembunyi di sebalik talian (internet) untuk mencemar dan menjejaskan saya dan malah sanggup membocorkan surat-surat rasmi.

"Saya tidak pernah cuba menyembunyikan apa-apa mengenai PKFZ. Oleh itu, surat tersebut pun TIDAK diklasifikasikan. Tambahan lagi, surat tersebut juga tertakluk kepada audit PwC.

"Amat dikesali langkah menyampaikan keputusan Lembaga Pengarah PKA kepada perdana menteri boleh diputarbelitkan oleh (Lim) Kit Siang sebagai mendesak PM. Jika ini bukan satu putarbelit, jadi apakah yang lebih tepat?"

Tokeyai
Siapa yang belit siapa mr ong you punya kontraktor belit you ke atau you mahu belit kita orang sebab kita orang tak mahu belit sama you no point...persoalannya sekarang yang rakyat mahu tahu kenapa bayaran variasi itu wujud dan kenapa kos nya terlampau tinggi berbillion-billion saya ingat ahh..kalau duit sebanyak itu kasi tolong sama orang miskin saya gerenti tak ada lagi orang miskin di malaysia ni you cakap you baru masuk kerja dalam dua bulan itu tugas you untuk memastikan ketelusan disini tak kiralah you baru kerja satu hari ka satu tahun ka itu bukan alasannya sebab selepas itu semua perkara you kena tanggung kecualilah kalau you pun ada share dekat situ sebab mudah sangat mintak 12billion hanya tulis surat kat PM macam anak mintak duit kat bapak dia lah...ayah dua ringgit ayah...it's so simple just like that... menteri apa macam ni..

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran