Thursday, June 11, 2009

1Malaysia dilancar besar-besaran

PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun ini.

Program yang dijangka disertai 10,000 orang terdiri dari kalangan anggota Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin Sabah dan Sarawak, pemimpin parti-parti pembangkang serta perwakilan golongan muda itu akan memperjelaskan kepada umum pendekatan dan gerak kerja gagasan tersebut.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, mesyuarat Kabinet hari ini memberi lampu hijau supaya gagasan itu dilancarkan bermula pukul 8 pagi.

"Di situ nanti, lambang dan lagu 1Malaysia akan dilancarkan secara rasminya.

"Signifikannya pelancaran ini adalah supaya dapat memperjelaskan kepada khalayak tentang konsep, kaedah, pendekatan dan gerak kerja 1Malaysia yang disusun setiap masa agar mencapai matlamat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pihak kementerian sedang menyusun serapi mungkin pelancaran program ini," katanya.

Tokeyai
Puak-puak AmNo dan BN memang merancang untuk menghancurkan PR supaya konsep berbilang bangsanya 1M dapat dijayakan dan perhatian rakyat dapat dialihkan kepada BN semula sedar atau tidak itulah sebenarnya perancangan strategik Najib dengan dasar pintu terbukanya pada pas jelas tidak lain hanya untuk menggugat PR yang dilihat semakin dominan dan kuat dan kelemahan ini akan membuatkan PR tersepit diantara konsep majmuknya yang tidak dapat bertahan dan konsep 1M ini akan dieksploitasikan sepenuhnya oleh Najib bagi mengukuhkan semula pengaruhnya konsep kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Hadi jelas telah memerangkapnya dan menyebabkan perpecahan dikalangan ahli Pas sendiri dan PR kelangsungan dari itu Pas sepatutnya mempunyai jatidiri yang utuh dan tidak meminta-minta seperti seorang pengemis dalam memanipulasi persekitaran politik sekarang ini lagak seperti ayam menang sabung kampung tergadai memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada Umno dan BN dan akhirnya PAS PKR dan DAP kalau tak berkubur akan membawa haluan masing-masing ingat Nabi Muhammad adalah seorang rasul dan jeneral perang baginda faham segala-galanya Ustz Hadi hanya seorang ulama kecil bukan seorang jeneral beliau tidak faham strategi perang dan politik saling berkaitan jika merasa diri banyak kekurangan eloklah berundur sebelum terlambat....... DiManik Urai AmNo dah ado modal kerajaan perpaduan nak kempen Pas nak guno modal apo.....guano nih.... matile deme

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran