Monday, June 15, 2009

Speaker Tolak Usul Pakatan Untuk Bahas Skandal PKFZ

Speaker Parlimen pilihan Barisan Nasional hari ini menolak usul untuk membahaskan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan pemimpin-pemimpin kanan Umno- MCA dan wakil-wakil rakyat BN.

Usul dari Ahli Parlimen Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) membincangkan skandal RM12.5 bilion itu ditolak Pandikar Amin Mulia.

Menjelaskan kepentingan isu ini dibahaskan, Kit Siang berkata penjelasan dari Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat amat penting kerana laporan audit PriceWaterhouseCoopers (PwC) ke atas PKFZ tidak memuaskan.

Tegas Kit Siang, isu terpenting skandal ini tidak disentuh kerana laporan PWC itu tidak menjelaskan bagaimana kos RM1.1 bilion projek itu melonjak kepada RM12.5 bilion.

Bagaimanpun Pandikar menolak usul itu daripada dibahaskan kerana kononnya “bukan menjadi satu isu yang perlu disegerakan.”

Keputusan Pandikar itu senada dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semalam, bahawa isu PKFZ kononnya tidak perlu di bahas di Parlimen kerana BN telah mengambil segala tindakan yang perlu.

Alasan Pandikar dan Khairy itu cetek kerana isu PKFZ membabitkan dana awam dan Parlimen adalah forum untuk memastikan semua pihak telus dalam menangani isu itu.

Tokeyai

Seorang speaker dan seorang lagi ketua pemuda dua-duanya dari BN dua duanya juga bengap tak tahu nak menilai kepentingan awam atau tidak dan dengan mudahnya sipandikar kata isu itu tidak perlu disegerakan kerana jika diteruskan ia melibatkan kos berbillion ringgit takut nanti ramai menteri dari AmNo dan mca masuk penjara dan BN akan gerenti terlungkup dalam PRU13 nanti itu sebablah saya tolak usul itu ada paham ka mr lim...itu slogan 1M rakyat didahulukan tolak tepi sekarang time menteri dan orang-orang besar BN kasi selamatkan dulu kasi dia orang duduk atas sayapun boleh duduk ini kerusi terus ada paham ka mr lim.....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran