Wednesday, June 17, 2009

MAKA BERKATALAH KETUA HAKIM NEGARA

Hakim Bagus Tak Akan Tunggu Lama Buat Keputusan : Tun Zaki

PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Seorang hakim yang tak mampu membuat keputusan dengan cepat adalah seorang hakim yang kurang baik, kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Katanya satu daripada faktor dalam menilai sama ada seorang hakim itu bagus atau tidak ialah kemampuannya membuat keputusan tanpa berlengah dan seterusnya menyediakan alasan penghakimannya.

"Malah, dalam kes melibatkan hukuman mati, di mana setiap pensabitan pasti akan dirayu oleh tertuduh sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi, tiada sebab bagi hakim yang mengendalikan kes itu tidak menulis alasan penghakimannya walaupun sebelum mengumumkan keputusannya," kata Zaki.

Katanya sebarang kelewatan dalam memulakan perbicaraan, memerintah tertuduh membuat pembelaan, membuat keputusan di akhir perbicaraan atau menulis alasan penghakiman, boleh menyebabkan berlaku ketidakadilan.

Beliau membuat teguran itu berhubung kelewatan selama empat tahun dan lima bulan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk memanggil Ghazalee Kassim dan Mohamad Junaidi Hussin, kedua-duanya penganggur, dan Mohd Salleh Yunos, seorang pemandu teksi, membuat pembelaan kerana dituduh mengedar 50kg kanabis, sembilan tahun lepas.

Zaki yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff bagaimanapun menolak rayuan ketiga-tiga tertuduh itu berhubung pensabitan dan hukuman mati terhadap mereka yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.

Beliau juga berkata satu tempoh tertentu perlu diberikan agar seseorang hakim itu dapat menilai keterangan serta merujuk kepada peruntukan undang-undang.

"Sebarang keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa juga bukan satu keputusan yang baik kerana hakim tidak menimbang dengan betul semua isu mengenai fakta dan perundangan. Sebaliknya pula, kelewatan yang melampau akan merugikan semua pihak, sama ada pihak pendakwaan atau pembelaan," katanya.

Merujuk kepada kes hari ini, Zaki berkata bahawa dalam mengekalkan pensabitan dan hukuman mati terhadap tiga tertuduh berkenaan, Mahkamah Rayuan telah menimbang dengan tepat semua alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan juga membuat keputusan yang betul bahawa kelewatan itu bukannya satu faktor ketidakadilan kepada mereka.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua hakim bahawa kes hari ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan bagi mereka untuk mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan menulis alasan penghakiman mereka.

Ghazalee, 39, Mohamad Junaidi, 38, dan Mohd Salleh, juga 38, dituduh secara bersama mengedar 50,650 gram kanabis di tempat letak kereta Merlin Inn di Jalan Tenteram, Johor Baharu, pada 11.45 pagi 29 April 2000.

Mereka didapati bersalah dan dihukum mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail pada 9 Jan 2007, dan hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas. Mereka membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 19 Mei peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, telah berhujah bahawa kelewatan hakim yang mengendalikan kes itu, telah menimbulkan prejudis dan menyebabkan tertuduh berada dalam keadaan merugikan bagi menyediakan pembelaan mereka kerana banyak keterangan sudah tidak dapat diingat lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup, pula berhujah bahawa pihak pembelaan sepatutnya memikirkan mengenai alasan pembelaan pada masa tertuduh didakwa.-BERNAMA


Tokeyai

Apa kes ni beb....cakap bukan main lagi bekas peguam AmNo ni sekarang LP macamanalah kes boleh tertunggak begitu lama tokeyai pun tak fahamlah ada kes yang tak sampai lima minit dah selesai ni cakap pasal kes DS Nizar apa cerita 3 orang Hakim yang terlibat tu tempoh 30 hari untuk beri alasan penghakiman tinggal 2 hari sempat ke nak mengarang tu ke tengah terkial-kial nak cari alasan semoga ALASANMU BENAR BELAKA kata kump Ukays....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran