Friday, June 5, 2009

Kerajaan perpaduan-utusan

SHAH ALAM 4 Jun – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

‘‘Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.

‘‘Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di sini hari ini.

Tokiai

Nampaknyo muktamar PAS kali ni mendapat publisiti yang luar biaso dari medio-medio utamo ado apo-apo ko satu segi baiklah buek pas kerana semakin dikenali dan digeruni dan diingini untuk dikahwini oleh AmNo melalui kerajaan perpaduan berwalikan dewan ulamak dapat highligh tu kat utusan gempaq memang gempaq Amno yang memang banyak bini ni cubo untuk meminang Pas sedangkan telahpun dimaklumi rumahtanggonya kacau bilau anak bininya saling bergaduh berebut harta dan jawatan dan tak lamo lagi ado yang nak mintak corai jonih yang macam ni kalau dibuek laki mampuih Pas jangan lupo yang ko ni bokeh bini dio dulu tak sorek-sorek lagi ko time susah dio memang cari ko sok bilo dah sonang balik dio tondang ko keluar time tu nanti camno mano nak poi balik kek laki lamo PR yo kalau PR nak kalau PR tak nak camno sobab tu den nak nasihat ni hah walauapo pun alasan baik segi ilmiah ko akademik ko sains politik ko hubungan tu hubungan ni ko prinsip ko baik ko kokalkan dengan PR ni apo dengan PR tak boleh nak membelo agama rakyat dan negaro mesti dengan AmNo ko binolah kerajaan perpaduan dalam PR itu yang baiknyo kokalkan perpaduan dalam PR kasi lagi mantoppp biar laki hang yang lamo tu terjelir-jelir terjulur-julur lidahnya kat ko ingat posan den orang yang ado maruah tidak menggadainyo demi jawatan kek mano-mano pun.Selamat bermuktamar dan mengundi.

Takbirrrrrrrrrrrrr....................Allahuakbar

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran