Friday, June 19, 2009

Umno mahu perbincangan kerajaan perpaduan disegerakan-TPM

KUALA KRAI: Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh PAS. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara PAS dan Umno pada era 70an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi PAS kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

Muhyiddin berkata pemimpin PAS yang tidak bersetuju harus melihat sengketa lama itu berlaku di bawah kepimpinan yang lama dan kini kepimpinan PAS telah diterajui oleh pemimpin baru yang mempunyai hala tuju dan matlamat baru.-tva

Tokeyai

Umno kini umpama tunjang yang kian mereput jadi sebelum ia terus reput dan menyembah bumi sesuatu perlu dilakukan olehnya agar dia dapat terus bertahan jalan lain tiada kerana rakan-rakannya dalam BN pun menghadapi masalah sepertinya sindrom kereputan masing-masing kini cuba mencari penawar untuk merawat sindrom kereputan ini dari terus merebak Umno tahu dia perlu cepat bertindak jadi jalan dan tempat untuk dia menaruh harapan kini hanyalah pada PAS kerana Pas yang terdiri dari ustz-ustz dan alim ulamak sudah tentu bersedia untuk saling memaafkan dan bersedia menerima Umno demi sesama islam sehingga TPM Umno sanggup tebalkan muka memohon kemaafan atas masa lalu dan meminta rundingan disegerakan demi untuk perpaduan katanya...sayugia diingatkan benar islam mensyariatkan supaya kita saling bermaafan dan berdamai tetapi tidak semestinya perlu bekerjasama dan kebiasaannya pihak yang terasa dirinya lemah (dibaca umpama tawanan perang ) perlulah bersedia untuk menerima arahan pihak yang kuat jadi sebagai pihak yang kuat apa perlunya Pas bekerjasama dengan umno kenapa pulak pas terhegeh-hegeh nak berunding dengan umno sedangkan dia tahu umno dah lemah dan bila-bila masa boleh ditawan inilah yang menjadi persoalannya tokeyai dapat merasakan Hadi dan Nasharudin dan sebilangan pemimpin pas lain tidak mahu Umno lemah kerana jika umno lemah pas pun akan sama lemah kerana kekuatan pas kini pun disebabkan umno yang menjana semangat pas untuk terus berdiri gagah ...tiada umno tanpa pas....tiada pas tanpa umno.....PKR dan DAP jangan gigit jari

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran