Friday, June 26, 2009

Susulan Video rosmah

JKKK kecewa video cemar Rosmah

rosmah mansur and lee kuan yew 160609

kemaskini 4.56pm Terdapat beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.

Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau dan semua 11 anggota jawatankuasanya telah menonton klip video tersebut.

Tambahnya, mereka yang tidak berpuas hati berhujah bahawa wawancara yang memuatkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya "memburuk-burukkan kampung mereka sahaja."

"Sepatutnya kita rasa bangga, orang kampung kita jadi orang besar," kata Abu Hassan lagi, yang juga tidak senang dengan video tersebut, ketika dihubungi melalui telefon.

"Saya tidak tahu mengapa mereka bercakap demikian dalam video itu. Saya rasa sedih dan bagai tidak percaya."

Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu, berkata beliau tidak berani bertanya sebab mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi tidak menolak kemungkinan wujud "rasa tidak puas hati" terhadap Rosmah.

"Saya juga tidak pasti siapa yang buat video tersebut," katanya lagi.-mkini

Tokeyai

Benda ni dah dekat dua bulan baru sekarang kecoh tokeyai pun hairan baru perasan kot gini ajelah pengerusi JKKK ni lantikan Umno yang juga merupakan ahli Umno biasalah Umno mesti sokong Umno takkan nak kondem rosmah pulak nak mampus video ada kat blog tokeyai ni hah cuba buat justifikasi takkan lah dia orang nak buat-buat cerita kat isteri PM lagi kalau tak betul tak sungguh tak melata kata orang agaknya orang JKKK ni buto ko apo dari utara sampai selatan ramai dok bercerita pasal rosmah ni kan dio ni wanita hebat sampaikan Lee kuan Yew pun sudi jumpa dia fikir-fikirlah jangan dok bodek membuto.....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran