Wednesday, June 24, 2009

Gejala Dadah, Seks Babitkan Remaja Membimbangkan

KOTA BAHARU, 23 Jun (Bernama) -- Gejala pengambilan dadah dan amalan seks bebas yang menjadi penyumbang kepada jangkitan HIV dan Aids di kalangan remaja amat membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata peningkatan tidak sihat ini dilihat selari dengan peningkatan jangkitan HIV dan Aids di seluruh negara.

"Paling membimbangkan ialah masalah remaja yang mengambil dadah dan mengamalkan seks bebas yang menyumbang kepada jangkitan HIV dan Aids," katanya berucap merasmikan Konvensyen Program Sihat Untuk Remaja (Prostar) Sekolah Peringkat Kebangsaan di sini Selasa.

"Ini sudah cukup memberi gambaran kepada kita bahawa mereka mula terlibat dalam aktiviti berisiko ini pada awal usia remaja iaitu semasa di peringkat sekolah lagi," katanya.






Tokeyai

Inilah gambaran sebenarnya generasi yang kita harapkan untuk memacu negara dimasa depan mengapa gejala ini begitu berleluasa sekarang jangan salahkan budak-budak ini sepenuhnya kerana kita yang mencorakkan mereka dunia mereka sekarang amat berbeza dengan dunia kita dulu segala maklumat ada dihujung jari sebenarnya dasar pemerintahan sekarang dan sistem pendidikannya yang perlu diubah kerana dasar sekarang lebih menumpukan kepada duniawi dan mengejar kemajuan hanya sekelumit diisi dengan kesedaran sivik dan keagamaan cuba pergi kesekolah tanya berapa waktu subjek ini diajar seminggu hanya tak sampai 4 waktu jadi rasionalnya berapa banyak input yang budak-budak ini dapat untuk membentuk sahsiah dan jatidiri yang sempurna...lu orang fikirlah sendiri...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran