Tuesday, June 23, 2009

H1N1 MENGGANAS LAGI

SRK Assunta 1, Seri Cempaka ditutup mulai hari ini

PUTRAJAYA: Dua sekolah lagi ditutup hari ini menjadikan kesemuanya empat sekolah dengan jumlah kes meningkat kepada 68 berikutan penularan tempatan Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini berkata, Seri Cempaka International School di Cheras ditutup sehingga Sabtu ini manakala Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 1 di Petaling Jaya ditutup selama seminggu.

Dua hari lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya ditutup seminggu kerana penularan tempatan selesema babi.


SEORANG ibu membawa pulang anaknya dari sekolah selepas mendengar berita mengenai penutupan SRK Assunta 2, Petaling Jaya, semalam.


H1N1: Tiada cadangan tutup semua sekolah di Lembah Klang

PUTRAJAYAl: Kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah di Lembah Klang ekoran penularan virus influenza A (H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, hari ini. - Bernama

Tokeyai

Baru tadi tokeyai cakap kes akan meningkat sekarang dah empat sekolah tutup tapi kerajaan masih tak nak dengar pandangan kita lantaklah dio orang semua kan pandai-pandai belaka...kita tengok ajelah nanti boto tak boto cakap tokeyai ni besok bilo ramai yang dah mati baru sibuk...nilah jenis kerajaan sekarang..


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran