Monday, June 22, 2009

MALU TAPI MAHU:PM

BN Masih Mampu Tadbir Negara Tidak Perlukan Kerajaan Perpaduan: Najib

PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional masih berupaya mentadbir negara dan tak memerlukan sebuah "kerajaan perpaduan", kata Datuk Seri Najib Tun Razak, isnin.

Ketika diminta mengulas keputusan Pas, DAP dan Parti Keadilan Raykat hari ini untuk menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan BN adalah kukuh dan mampu melaksanakan program pembangunannya.

"Tidak timbul soal kerajaan BN lemah sehingga perlukan kerajaan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di luar negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

"Kita masih tetap dengan pendirian kita, sesuatu yang baik untuk negara mestilah diusahakan bersama walaupun mereka datang daripada parti pembangkang," katanya.

Ketika ditanya sama ada penolakan oleh pakatan pembangkang itu akan merugikan orang Melayu, Najib berkata : "Saya rasa tidak. Saya harap mereka menimbang dengan betul apa saja yang mereka buat. Kita pula tidak akan terbawa-bawa dengan persoalan sama ada perbincangan ini diadakan atau pun tidak.

"Apa yang penting ialah kita tangani dengan baik perbezaan kita dan sentiasa mengutamakan kepentingan negara."

Kepada soalan sama ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini akan diadakan di masa hadapan, Perdana Menteri berkata bahawa dalam politik, apa saja boleh berlaku.

Tokeyai
Yelah tu Tok jib cakap macam orang frust aje...satu perkara kita perlu ingat tak baik kita rampas-rampas hak orang jangan jadikan amalan dalam hidup Pas hak pakatan rakyat biarkan mereka melayar bahtera bersama jangan meruntuhkan rumahtangga orang tak baik......yang ado itupun (baca BN)tak terjago macamano ada hati nak pinang PAS ....maka kedengaranlah seniman-seniman BN berlagu sumbang bak pungguk menunggu bulan yang dah berlalu pergi...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran