Wednesday, June 17, 2009

Syarat Hashim Suboh sertai pembangkang...

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang.

"Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi.

umno perlis pc 120308 hashim suboh"Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat.

"Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Umno Perlis sekarang.

Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan ahli Umno bahagian tersebut.

"Manakala 45 peratus lagi menyokong saya. Jika saya ada kuasa, saya mampu memberi sumbangan yang lebih besar daripada orang yang sedang berkuasa atau orang yang pernah memegang kuasa," katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini tidak ada pihak di kalangan ahli Umno yang mencerca hasratnya untuk menyertai pembangkang.

Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis.

Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menekuni reaksi ahli-ahli Umno di peringkat bawahan.-mkini

Tokeyai

Nasihat tokeyai masuklah sekarang jangan malu-malu dan jangan tunggu lama-lama bersama-samalah sekarang dalam PR dalam menanam,menyemai membaja janganlah datang bila time nak memetik pulak nanti tak manis dipandang dan akan jadi bahan cerita untuk memalukan kita...tak gitu Dato hashim

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran