Tuesday, June 23, 2009

Israel bebaskan speaker parlimen Palestin

BAITULMUQADDIS: Perkhidmatan penjara Israel berkata, pihaknya akan membebaskan speaker parlimen Palestin yang juga ahli gabungan Hamas, selepas hampir tiga tahun dipenjarakan.

Abdel Aziz Duaik adalah seorang daripada berdozen ahli politik Hamas yang ditahan selepas pemberontak yang mempunyai kaitan dengan Hamas ditangkap tentera Israel pada Jun 2006.

Perkhidmatan penjara berkata, hari ini, Duaik akan dibebaskan tengah hari ini.

Pada Disember lalu, mahkamah tentera Israel mengenakan hukuman 36 bulan penjara terhadap Duaik kerana tergolong dalam kumpulan pemberontak Islam.

Duaik yang berusia awal 60-an menghidap tekanan darah tinggi dan kencing manis. - AP

Tokeyai

Bukan nak puji tapi jahat-jahat Israel pun dah dilepaskannya speaker palistine yang ditahan guna ISA macam kat sini kita bila lagi nak bebaskan semua tahanan ISA yang dah lama kat dalam tu janganlah kita takut pada bayang-bayang sendiri yang kita sendiri ciptanya......

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran