Monday, June 1, 2009

Dua beradik ditahan kes along rantai peminjam



DUA beradik (kanan dan kiri) dibawa dari Mahkamah Majistret Selayang selepas direman empat hari semalam bersama tiga along yang perintah reman mereka disambung tiga hari lagi.

KUALA LUMPUR: Dua beradik ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes tiga lelaki dirantai dan dikurung along di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat, minggu lalu.

Dua beradik berusia lingkungan 20-an itu kini direman selama empat hari. Dengan tangkapan terbaru itu, menjadikan lima orang ditahan setakat ini berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, tiga suspek ditahan berhubung kes itu dan tempoh reman mereka yang berakhir semalam disambung tiga hari lagi sehingga Selasa ini.Sumber memberitahu Berita Harian, perintah reman terhadap dua beradik itu dan sambung reman tiga suspek lagi dikeluarkan Mahkamah Majistret Selayang.

Mereka direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan kerana melakukan peras ugut dan mengurung secara salah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, tangkapan terbaru itu dibuat di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, Ampang, kelmarin.

Katanya, polis turut membuat pemeriksaan di pejabat sindiket along terbabit yang terletak kira-kira 120 meter dari rumah tangkapan terbaru itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan itu polis menemui rantai besi yang dipercayai digunakan untuk mengikat mangsa yang gagal melunaskan hutang, cat dan poster.

Rabu lalu, polis menjumpai tiga lelaki dirantai dan dikurung along di tingkat bawah sebuah rumah kedai empat tingkat di Pusat Perindustrian Bukit Serdang, Sri Kembangan kerana gagal melangsaikan hutang masing-masing.

Semua mangsa dijumpai selepas polis menahan dan menyoal dua suspek berusia 30 dan 33 tahun di Kepong.

Kata den

Inilah dia jenis orang yang tak berhati perut campak kat laut bagi buaya makan lagi baik ko nak jadi along jadilah yang menolong bukan jadi polong..

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran