Saturday, June 6, 2009

Laporan awal
Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS?

Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.

Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 2 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa dan juga Mohamad Sabu.

Berada di tempat kedua ialah Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005.

Ketika ditemui, wakil dan pembantu ketiga-tiga calon berkenaan enggan berkata apa-apa tetapi difahamkan perbezaan undi Husam dan Nasharudin sangat kecil.



Proses kiraan final di Stadium Malawati selesai kira-kira 1.40 pagi tadi. Pengiraan undi bermula 8.30 malam iaitu tiga jam selepas pengundian berakhir.

Pemilihan jawatan itu menjadi tumpuan di sebalik polemik mengenai peranan golongan ulama dan profesional dalam PAS.

Di sebalik keputusan Timbalan Presiden itu yang terlalu "ketat", fokus juga beralih tempat bagi saingan Naib Presiden.

Bagaimanapun difahamkan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar dipercayai memenangi jawatan Naib Presiden.-mstar

Tokiai

Kalau benar laporan ni maka akan menangiskah puak pro Umno? yang hang duk kalut pasai apa awat hang tak jaga pakatan perpaduan dalam PR pakcik betul-betul tak pahamlah akhirnya betuilah kata-kata Tun che det.....MELAYU MUDAH LUPO.....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran