Friday, June 19, 2009

Dua berita, dua cerita

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Jun 16 – Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang menyambut kedatangan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, yang dalam rangka lawatannya ke seluruh Malaysia, dengan mempromosikan Pahang sebagai sebuah negeri yang makmur dan stabil politiknya di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Adnan begitu berbangga yang Pahang setakat ini telah menerima lebih kurang RM600 juta pelaburan langsung dari Singapura yang membabitkan 16 syarikat, dan telah memberikan peluang pekerjaan kepada 6,000 orang rakyat Pahang.

Di sebalik kestabilan dan kebanggaan ini, Sinar Harian pula telah melaporkan perihal seorang ibu tunggal muda, Rohani Ismail, 37 tahun yang tinggal di Kampung Bugis di sini, di sebuah rumah pusaka usang yang sudah reput, uzur dan bocor di sana-sini.

Dengan pendapatan hanya di sekitar RM400 sahaja hasil dari kerja sambilan membantu kakaknya mengambil upah menjahit, Rohani membesarkan empat orang anak, yang mana tiga darinya masih bersekolah dan yang paling tua sedang menunggu tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Mengikut kenyataannya kepada Sinar Harian, dia tidak pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kesalahannya mungkin kerana dia tidak pernah memohonnya, sebab dia tidak tahu bagaimanakah caranya.

Sepatah kata Niraksuma Ibrahim, ahli Pertubuhan Rakan Kebajikan India Kuantan, seperti yang dipetik oleh Sinar Harian, “Saya meminta agar penghulu, ahli jawatankuasa kampung dan masyarakat sekeliling termasuk Yayasan Pahang lebih prihatin mengenai keadaan penduduk yang memerlukan bantuan supaya kebajikan mereka tidak diabaikan.”

Negeri Pahang hari ini diakui Adnan dalam keadaan sangat stabil apalagi Perdana Menteri Malaysia pun berasal dari negeri ini. Ini menjadikan Pahang semakin rancak menerima pelaburan luar baru seperti dari Singapura. Adnan sendiri menjadi semakin sibuk, kepimpinan kerajaan negeri pun menjadi semakin sibuk, agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Pahang turut sibuk, bahkan JKKK pun mahu sibuk.

Setiap peringkat kepimpinan negeri dari yang teratas sampai yang terbawah menjadi sibuk kerana negeri yang semakin makmur, malangnya mereka lupa yang kemakmuran ini tidak dikongsi oleh rakyat jelata yang semakin merana dan tidak terbela. Rohani telah menyuarakannya.


Tokeyai

Biasalah orang-orang AmNo ni memang macam tu cuba kita tengok orang-orang AmNo yang jadi jiran-jiran kita macamana style dio orang berlagakkan betul tak lebih-lebih lagi yang banyak contact lagilah timing macam adnan yaakob ni tu jenis orang yang macam tu lah... wahai orang-orang pahang bukti dah ada dopan mato baik PM mahupun MB perangai samo bukolah mindo coliklah mato relokah duk membiarkan rakyat tak terbelo dan mereka terus kayo-rayo....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran