Friday, June 12, 2009

Malaysia Singapura sepakat jambatan ketiga

satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional

PUTRAJAYA 11 Jun - Malaysia dan Singapura sepakat untuk membina jambatan ketiga yang akan menghubungkan bahagian timur Johor dengan republik berkenaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew semasa melakukan kunjungan hormat ke pejabatnya di sini, kelmarin.

Serentak itu, kata Najib, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berbincang mengenai perkara itu dengan rakan sejawatnya di Singapura secepat mungkin.

''Saya juga mengarahkan Tan Sri Nor supaya melantik perunding untuk membuat kajian kebolehlaksanaan termasuk kos yang mungkin perlu dibelanjakan bagi pembinaan jambatan itu," katanya.-utusan

Tokeyai

Patutlah orang tua tu datang malaysia pasal nak job rupanya yelah zaman gawat sekarang susah nak dapat job ye tak ni cerita pasal job ni kita ada duit ke nak buat jambatan p.pinang pun tak settle lagi dah nak buat jambatan lain kat johor kang jadi macam jambatan bengkok buang gitu aje 300 juta betul betul gilalah AmNo ni entah entah singapura support semua tak yelah kan pulau Batu Putih dah ja jadi jajahan baru dia jambatan baru tu pulak lalu dekat situ jadi senanglah nak tambak preda branca atau pulau batu putih tu kasi besar buat projek besar besar kat situ hah tokeyai dah cakap dulu dalam kepala Lee kuan yew ni macam macam ada dahlah pulau batu putih kita berputih mata lepas ni berputih apa pulak agaknya kita ye......


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran