Monday, June 15, 2009

LEE KUAN YEW KUNJUNGI NIK AZIZ

Pelbagai kaum dapat layanan sama di bawah PAS

KOTA BHARU, 14 Jun: Rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Tokeyai
Rasa rugi pulak kalau tokeyai tak ulas kunjungan Dato lee kuan yew ni ke kelantan itu lah sebagaimana yang tokeyai cakap dulu di dalam kepala lee kuan yew ni macam-macam ada rugi kalau sesiapa tak nak belajar dari dia semua zaman dia dah lalui cara dia membuat kunjungan keserata malaysia dan menemui semua orang seolah-olah seperti ingin menyatakan sesuatu atau cuba membuktikan sesuatu tak dapatlah tokeyai nak jelaskan apakah ini merupakan kunjungannya yang terakhir kesini pun tak dapat tokeyai nak jelaskan tapi yang pastinya lee kuan yew masih ada dan terus membawa kemakmuran disingapura walaupun telah disingkirkan dari malaysia berada dizaman gelap telah membuatkannya lebih komited untuk hidup tanpa dokongan perikatan ketika itu jadi itulah sebenarnya tokeyai rasa justifikasi dari kunjungannya ke kelantan untuk menyatakan tanpa BN malaysia boleh terus membangun bersama PR justeru ini memberi semangat dan kekuatan baru kepada TG Nik Aziz dan PR untuk terus saling bekerjasama bagi mentadbir malaysia sebagaimana yang dilakukan oleh menteri kanan singapura ini.........amin..

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran