Wednesday, June 3, 2009

Samy: Dakwa penulis Utusan di bawah Akta Hasutan

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menggesa supaya penulis artikel yang didakwa berunsur perkauman yang disiarkan dalam Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - didakwa di bawah Akta Hasutan.

samy velluBeliau mengutuk penulis tersebut kerana secara tidak langsung telah merujuk kepada kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "kaum pendatang".

Sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang menjijikkan, Samy Vellu berkata, beliau mengesyaki penulis tersebut bukan dari akhbar tersebut, tetapi telah menggunakannya untuk mempromosi agendanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MIC itu berkata, penulis Utusan itu yang menggunakan nama Awang Selamat "mesti dan sepatutnya didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan".

"Komennya adalah tidak wajar sama sekali, terutama ketika perdana menteri kita sedang mempromosikan konsep 1Malaysia," katanya.

Berikutan itu, Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan mengambil tindakan segera terhadap penulis berkenaan kerana membangkitkan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia, terutama kaum Cina dan India.

Malah, katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menegurnya kerana ia bercanggah dengan konsep 1Malaysia.-mkini

Tokiai
Den dah kobarkan Awang yang belum tentu selamat ni menyusahkan orang jo hantar yo ke pulau jerojak biar padan ngan muko dio...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran