Saturday, June 6, 2009

Hadi mahu kerajaan perpaduan-utusan

lim kit siang kata belum pernah bincang-bharian

SHAH ALAM 5 Jun – Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun katanya, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

Menurut Abdul Hadi, idea tersebut sebenarnya telah dilontarkan kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang termasuk DAP sebelum beliau mengumumkan perkara itu kepada rakyat.

Dalam hal ini katanya, rakan-rakan Pas dalam pakatan pembangkang telah menerimanya secara positif kerana ia adalah demi kebaikan negara.(Yo ko?)

‘‘Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menerima secara positif, bukan sahaja rakan pakatan pembangkang yang menyokong sepenuhnya termasuk UMNO yang sokong gagasan yang saya lontarkan itu untuk menyelesaikan masalah negara,” katanya.

Sebelum ini kata beliau, ideologi sosialis dan komunis telah merudum dan kini ideologi kapitalis pula mengalami krisis dari sudut ekonomi.

Beliau berkata, Pas tampil memperkenalkan Islam untuk menyelesaikan masalah termasuk krisis perpecahan yang parah di kalangan parti-parti politik.

‘‘Bukan semestinya kita perintah negara, pada peringkat ini kita menjadi penasihat kepada kerajaan, bukannya pembangkang yang membuta tuli.

‘‘Mesej kita supaya perubahan dilakukan dengan Islam, UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa contoh Islam yang terbaik,” katanya.

Pada peringkat kedua katanya, sekiranya langkah awal tadi tidak berjaya, Pas akan menghadapi pilihan raya dengan bergerak secara kolektif bersama pakatan pembangkang.

‘‘Soal siapa yang akan memimpin negara itu dibuat secara kolektif dalam pakatan (pembangkang),” katanya.


Hadi kena bidas



PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Saranan wujud kerajaan perpaduan anjuran Presiden Pas dipertikai pemimpin parti, Pakatan Rakyat

SHAH ALAM: Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan saranannya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan semalam, bukan saja dipertikaikan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah pemimpin kanan parti itu sendiri.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan jika menang akan bergandingan dengan Abdul Hadi, secara terbuka mempertikaikan kenyataan ketuanya itu kerana beranggapan ia tidak menguntungkan parti berkenaan.

Beliau menegaskan parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Umno seperti kerjasama yang dipraktikkan dengan PKR dan DAP kerana Pas tidak akan menjadi parti yang dominan dalam pakatan berkenaan, selain pemimpin Pas sudah tentu tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Oleh itu, katanya, beliau tidak akan sesekali membenarkan Pas menjadi 'kuda tunggangan' Umno melalui kerajaan perpaduan, walaupun ia diilhamkan oleh parti itu.

"Saya juga bimbang pembahagian kerusi antara Pas dengan Umno kemungkinan tidak adil. Yang kita mahu adalah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Pas Ke-55 oleh Abdul Hadi, di sini semalam.

Husam berkata, jika kedudukan kerusi Pas dan Umno tidak sama rata, Pas mungkin tidak dapat memainkan sebarang peranan dalam kerajaan perpaduan.

Sebaliknya, beliau mahu Pas lebih menumpukan kerjasama dalam Pakatan Rakyat kerana mendakwa taraf semua parti dalam pakatan itu adalah sama rata.

"Namun, jika perbincangan mengadakan kerajaan perpaduan mahu dilaksanakan juga, lebih baik dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Pas boleh memastikan kerusi kita benar-benar cukup untuk mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan," katanya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata cadangan pembentukan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat dan beliau hanya mengetahuinya menerusi laporan media.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan, tetapi terpaksa membuat komen demi kepentingan penyokong Pakatan Rakyat," katanya dalam laman blognya.

Lim berkata, beliau diburu wartawan selepas perasmian muktamar semalam yang mahu mendapatkan komen berhubung kenyataan Abdul Hadi mempertahankan cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Semua pemimpin mesti bersedia untuk berbincang dengan pemimpin lain berhubung apa saja isu yang membabitkan kepentingan ramai," katanya.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, berkata idea kerajaan perpaduan bersama BN adalah idea politik yang terkebelakang dan tidak progresif.

"Pengalaman politik kompromi seumpamanya pernah berlaku pada 1978 antara Pas dan BN yang akhirnya tidak memperlihatkan sebarang manfaat. Justeru, idea ini sudah ditolak oleh pemimpin PKR.

"Cadangan bekerjasama oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kerajaan BN pula khusus untuk perkara untuk kepentingan rakyat, seperti masalah ekonomi negara dan tidak mengaitkan kerajaan perpaduan," katanya.

Tokiai

Apo dah jadi ni Tok guru sorang kata dah sorang kato bolum mano yang botulnyo yang jolehnyo rakan-rakan dalam PR tak bersetuju dengan idea Tok guru tu mursyidul am pun tak setuju dengan idea tu jadi kesimpulannyo ramai kawan tak setuju hanya Tok guru dan umno yang setuju Tok guru nak berjuang sorang-sorang ko dalam Pas dan PR kenyataan Tok guru ni sebonarnyo nak memonangkan nasharudin tu ajo botul tak biar ado geng taklah sorang-sorang nanti bab kerajaan perpaduan dan join dengan umno ni dah banyak orang kato jadi Tok guru jangan nanti dikato MELAYU YANG SELALU LUPO...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran