Showing posts with label manik urai. Show all posts
Showing posts with label manik urai. Show all posts

Wednesday, July 15, 2009

Rakaman video umno rasuah dimanik urai

Bukan hanya rasuah janji-janji umno juga benar-benar memberi rasuah duit tambang balik kepada pengundi-pengundi dimanik urai demi memenangi prk ini tapi Allah lebih berkuasa bukan muhyiddin atau najib juga buka jambatan dan rm300...pengikut-pengikut umno meminta bukti jadi bila bukti dah didepan mata boleh mereka didakwa...jawapnya buang maso aje selagi karung guni setail tu masih lagi jadi AG dan LP nya pulak bekas peguam umno tapi kalau ada yang nak cuba silakanlah dan kalau berjaya bolehlah kita talkinkan umno untuk selama-lamanya.....


Tuesday, July 14, 2009

PAS MENANG DGN 65 UNDI

KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)

RENTETAN PERISTIWA

kemaskini 8.58pm Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Beberapa pemimpin PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, termasuk Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad serta Mohd Fauzi.

Bagaimanapun, tiada seorang pemimpin utama Umno yang hadir, termasuk pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat.

kemaskini 8.22pm Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.

NONEBeliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.


kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.

Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.

Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.13pm
Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.


kemaskini 7.59pm
PAS didakwa menang dengan majoriti 65 undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.

bm version kerusi dun manek urai 220509Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata BN sedang berusaha agar kiraan semula diadakan.

"Kiraan pertama dan kedua sangat, sangat berbeza," katanya melalui Twitter sebentar tadi.

kemaskini 7.51pm
Jika berlaku pengiraan semula di beberapa daerah mengundi, keputusan malam ini mungkin lebih lewat diketahui.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat di bilik gerakan utama PAS di Manek Urai.

Suasana serius di sini setelah agen-agen PAS dari tempat mengundi pulang dengan keputusan masing-masing.


kemaskini 7.39pm
Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kemenangan BN "semakin terserlah."

"Keputusan tidak rasmi kelihatan rasmi dari minit ke minit. Kemenangan BN semakin terserlah," katanya.


kemaskini 7.34pm
PAS mempamerkan di layar besar di bilik gerakannya dengan angka parti itu tersebut meraih 5,363 undi, manakala BN mendapat 5,293 undi.

PAS mendapat kelebihan 70 undi.


kemaskini 7.24pm
BN mendahului Manek Urai Baru dan Manek Urai Baru, PAS pula mendahului di Late Rek dan Chuchoh Puteri daripada sembilan daerah mengundi.

Daerah-daerah lain: Temalir, Sungai Peria, Sungai Sok, Manjor dan Laloh


NONEkemaskini 7.10pm Sekumpulan penyokong BN di bilik operasi parti itu di Manek Urai kelihatan bergembira "atas kemenangan" calon mereka Tuan Aziz Tuan Mat.

Ada sumber menyatakan kemenangan sebanyak "30 undi", sementara terdapat sumber menyebut "200 undi".

Calon BN dan pemimpin BN tidak kelihatan di situ.

Menurut sumber Twitter Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, BN mendahului 38 undi.


kemaskini 5.09pm Pengiraan undi bagi DUN Manek Urai akan bermula seawal-awalnya jam 5.30 petang yang melibatkan semua 27 saluran di sembilan pusat pembuangan undi.

Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat cuba merampas kerusi tersebut yang dipertahankan oleh calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam persaingan agak sengit sehingga mencetuskan pergaduhan para penyokong.

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih menunaikan tanggungjawab.

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai seawal-awalnya jam 8 malam ini.

Tokeyai

Tahniah diucapkan kepada YB Mohd Fauzi walaupun sekiranya majoriti dengan satu undi pun akan dikira menang nampaknya doa dari imam-imam yang mendoakan Pas menang lebih afdal berbanding dengan doa imam-imam umno yang hanya dibayangi oleh unsur-unsur kebendaan dan rasuah politik....akhirnya BN sekali lagi kempunan untuk memenangi PRK walaupun dijanjikan dengan macam-macam rasuah politik nampaknya rakyat sekali lagi menolak BN yang menggunakan taktik kotor semata-mata nak menang... dengan kekalahan yang berturut-turut ini walaupun berjaya mengurangkan majoriti UMNOBN ni sepatutnya sedar diri diJepun PM nya membubarkan parlimen untuk pilihanraya baru gara-gara tewas dalam pilihanraya kecil itu baru gentleman dan muka tau malu...UMNOBN jangan mimpilah kita nak dia buat macam tu sebab diaorang ni muka tembok muka tak reti malu rakyat dah tak suka masih terhegeh-hegeh nak terus berkuasa....ni sekarang ni tokeyai cabar UMNOBN untuk bubar parlimen buat PRU13 ikut macam jepun kata dasar pandang ketimur...ada beranikah Najib...

87.33 Peratus Keluar Mengundi Sehingga Pengundian Ditutup jam 5 ptg

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) -- Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi.

"Kita gembira kerana jumlah yang keluar mengundi amat baik dan melepasi jumlah yang disasarkan. Peratusan ini adalah antara yang tertinggi dalam pilihan raya kecil di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, daripada PAS yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39 dan Mohd Fauzi Abdullah, 50 yang mewakili PAS.
MANIK URAI TERKINI:PAS MENANG 2000 UNDI

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun percaya calonnya - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

Update Manik Urai

3.56 petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

3.50 petang - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

3.47 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.46 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria

3.30 petang - Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter

3.20 petang - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai

3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS dari Kuala Kangsar, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.

MANIK URAI:KEPUTUSAN TERKINI

Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk

2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2.46 petang - Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.

2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Calon PAS, Abe Uji sedang berada di UPU Manek Urai Lama

2.30 petang - Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk


2.00 petang - Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri

M/Urai... Ketenangan Terburai... Jalan Sorang Ke?




Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat kelihatan berjalan seorang diri melawat Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Beliau tidak dikerumuni oleh pengundi yang masuk bersama-samanya.

Ramai pengundi muda pulang mengundi


KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi Umno ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir.

Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama.

Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi.

Kesesakan lalu lintas ketara sekali di kawasan berhampiran tempat pengundi. Kenderaan terpaksa berbaris panjang bermula di Bukit Ah Kim menghalang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Peria.

Ketegangan berlaku di hadapan sekolah berkenaan apabila perayu undi berbaris di tepi jalan. Biar pun dikawal ketat anggota polis mereka tetap tidak berganjak.Image

Berlaku juga kekecohan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru apabila perayu undi Puteri Umno enggan mematuhi arahan polis. Petugas PAS pula tidak lekang mulut berselawat.

Manakala didapati seorang petugas SPR cuba mempengaruhi pengundi tua cuba berkempen bagi pihak Umno dengan umpan kebendaan. Petugas PAS yang membawa pengundi yang menggunakan stiker SPR dihalang mendekati pintu tempat mengundi.

Di Manjor biar pun kawasan itu merupakan kubu Umno sebelum ini langsung tidak kelihatan ghairah. Kehadiran penyokong PAS jauh lebih ramai.

Di peti undi Laloh pos Umno yang terletak berdekatan dengan tempat pembuangan undi kelihatan lengang.

Situasi itu sudah cukup memberi gambaran awal terhadap apa yang akan berlaku lewat petang ini. Malam tadi ketika jarum menunjukkan jam 12 malam, berakhir sudah lapan hari tempoh kempen pilihan raya kecil bagi Dun Manek Urai.

ImageBiarpun pada detik itu tidak kedengaran lagi gema kempen kedua-dua parti terbabit, namun kesesakan jalanraya terus kelihatan terutama dijalan-jalan berhampiran dengan bilik gerakan parti masing-masing.

Warong di tepi-tepi jalan masih sibuk bersama pelanggan merumus pelbagai andaian dan teka teki tentang pilihan raya. Gerai-gerai jualan terus menjadi tarikan pengunjung persis di bulan Ramadhan.

Namun debaran jantung kedua-dua calon tiada siapa dapat menyelaminya. Pastinya sementara menunggu berakhir proses pilihan raya keresahannya tiada jua dapat merasainya.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempertaruhkan isu pembangunan antara lain akan menjadikan Manek Urai sebagai anak emas, di saat-saat akhir.Image

Janji mahu membina jambatan baru dua lorong menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama diungkit semula, sedangkan Jambatan Sultan Yahya Kedua di Kota Bharu yang telah dipecah tanah oleh Perdana Menteri hampir dua tahun kini seakan menjadi projek gajah putih.

Muhyiddin juga menjanjikan mahu membin masjid dan sekolah termasuk akan menjadikan Manek Urai sebagai kota agropolitan.

Pasal pertama kempen Barisan Nasional (BN) menggunakan isu latar belakang pendidikan dan karier calon PAS dianggap tidak mampu mempengaruhi pengundi di Manek Urai. Walau apa pun, hanya 12,953 pengundi bakal menentukan segala-galanya.

Biar apa pun imej Umno dilihat tercalar apabila seorang pengundi dari Kampung Slow Machang, membuat aduan polis terhadap Muhyidin kerana cuba menyogok pengundi Manek Urai dengan kebendaan.

SELAMAT MENGUNDI DIMANIK URAI
kebumikan UMNO di sana



Tokeyai

Pengundi manik urai teruskan dengan mengundi PAS jangan dilayan karenah UMNOBN lihat foto jambatan tetap ada biar tidak berjuta namun masih utuh insyallah bila tiba masa dan ketika ia pasti akan diganti dengan yang baru...takbir...
Posted by Picasa

Monday, July 13, 2009

SPRM: Anwar cabar siasat janji Muhyiddin

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuah

Sehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.

Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi.

"Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja.

"Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini.

"Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.

Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."

Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.

Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.

Menurut penduduk kampung, jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal tahun 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya dipercayai hampir RM5 juta.

Tokeyai

Macamana dia siasat DSAI dah nama dia SPRM singkatan Saya Pakat Rasuah Muhyiddin supaya jadi PM nanti jangan pecat saya..kah..kah..kah.apa-apa halpun baca posting tokeyai kat bawah tokeyai dah ulas dah..

RAKYAT MANIK URAI JANGAN TERMAKAN RASUAH-RASUAH DIJANJI UMNO

Tokeyai..

Boleh dipanggil rasuah?kenapa tidak rasuah adalah apajua bentuk imbuhan yang diberi untuk memancing,menarik keinginan seseorang supaya dengan itu sipemberi akan mendapat sesuatu balasan dengan apa yang diberi dari sipenerima.Kita lihat sahaja segala janji-janji atau imbuhan yang akan diberi kepada manik urai jambatan,pembangunan dan segala insfrastruktur oleh umno jelas menunjukkan matlamat menghalalkan cara mereka akan melakukan apa sahaja dan menggunakan segala jentera kerajaan dalam memenuhi keinginan mereka sedangkan dalam konteks sebenarnya selaku sebuah parti yang bertanding menentang parti lain adalah tidak masuk akal ketika proses pilihanraya mereka mengamalkan dasar hukum rimba.Jika benar umno dan bn sebuah kerajaan yang mendulukan rakyat dan beretika kenapa corak pembangunan berpilih-pilih dan hanya hebat diperkatakan ketika adanya satu-satu PRK, yang betulnya ini adalah kerajaan menipu, berkepentingan dan bermuka-muka sepatutnya konsep 1malaysia mereka perlu ditukar begini "rakyat ditipu kekayaan untuk aku" 1malaysia aku sapu itu baru betul dan kena dengan segala hadiah-hadiah dan janji-janji (rasuah politik) yang UMNOBN war-warkan itu.Jadi kepada pengundi manik urai berfikirlah secara matang dan berakal kalau umno tu betul dah lama dah dia majukan manik urai bukannya sekarang apa selama ini dibawah PAS kehidupan disana tidak terbela jika itu yang dibangkitkan ia perlu ditanya kepada PM kenapa tidak diberi wang secukupnya kepada kelantan kenapa tidak dibayar royalti minyak kepada kelantan mereka ini yang jahat sebenarnya mereka ini yang menyekat kemajuan dinegeri Pakatan Rakyat mereka ini berhatikan iblis rela melihat rakyat menderita kerana tidak menyokong mereka sedangkan dalam islam dengan orang kafir pun kita harus berbuat baik selagi mereka baik dengan kita ini apa lagi sesama islam justeru itu pengundi manik urai khususnya dan rakyat malaysia amnya kita perlu tolak golongan yang macam ni jangan biarkan mereka terus-terusan menjana anak cucu kita sedangkan dasar mereka selama ini terbukti banyak yang gagal dan mengecewakan....

PAS tergugat di Manek Urai?

KUALA KRAI: Kurang 24 jam, lebih 12,000 pengundi di Manek Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini. Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai pengukur kepada kematangan politik pengundi selain tiada isu tempatan yang mendesak dibangkitkan kecuali keduadua pihak cuba memainkan isu yang dekat dengan pemikiran "Melayu Pantai Timur".

PAS masih bersandar pada isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak, manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu "anak emas" kerajaan persekutuan.

Tokeyai

Ingat pesan tokeyai jangan termakan pujuk rayu UMNOBN


Nik Aziz ragu janji TPM bina jambatan



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.

NONE"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.

Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Tokeyai

Memang AmNo ni kerajaan menipu TGNA jangan risau tok guru tokeyai rasa pas akan menang besar besok sebab pengundi manik urai dah bijak-bijak belako...

Sunday, July 12, 2009

USTZ NASHA CIUM TANGAN NIK AZIZ DIMANIK URAI

Akhirnya, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa muncul juga di Manek Urai dan berkempen membantu calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mulai hari ini.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 kissBeliau tiba di Kelantan jam 9 pagi tadi dan turut serta dalam solat Dhuha bersama Mursyidul Am PAS dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Majlis sembahyang solat Dhuha itu diadakan di Sungai Peria, Manek Urai.

Nasharuddin dijadual menghadiri taklimat mengenai kempen pilihanraya di markas induk PAS Manek Urai pada jam 3 petang tadi.

Malam tadi, dalam ceramahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, timbalannya itu "uzur" dan tidak dapat datang membantu kempen calon parti itu di Manek Urai.

"Itu (disebabkan) uzur. Kalau dijemput pun (beliau) tidak boleh hadir, uzur," kata Abdul Hadi yang pertama kali turun berceramah di Manek Urai.

Tokeyai

Semoga dengan ini semua pihak harus menghentikan tohmahan dan pandangan negatif terhadap timb pas ini barisan harus dimantopkan untuk memenangi PRK manik urai dan seterusnya menenggelamkan umno dengan labu-labunya...tutup cerita kerajaan perpaduan dan kaitannya dengan ustz nasha..dia dah insaf gamaknya..

Thursday, July 9, 2009

Muhyiddin Cabar Pas Buktikan Umno Tidak Perjuang Islam


manek urai by election nomination day 060709 01

KUALA KRAI, 8 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar PAS supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada PAS dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah.

"Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam," katanya ketika berucap kepada penduduk kawasan Manik Urai Lama pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil Manik Urai di sini malam ini.

Tokeyai

Memang ada berjuang jugak tapi sikitlah tak sungguh-sungguh kata orang janji ada nampak macam buat masjid besar-besar mahal-mahal adalah tapi pengisiannya ne he (tak ada) sebab itu banyak salah laku moral dikalangan umat islam yang kita nampak dengan lain perkataan....bini-bini hangpa pun tak pakai tudung apa citer macamana nak kata berjuang untuk islam...tulah cakap memang senang buatnya terkemut-kemut..lagi satu tokeyai nak cakap memang amNo ada berjuang tak dinafikan tapi berjuang untuk menyelamatkan perasuah-peraruah membail-out company kroni dan sendiri punya jugak berjuang untuk menyelamatkan BN(Bini Najib)....

Tuesday, July 7, 2009

MANIK URAI TPM MINTA TALIAN HAYAT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.

muhyiddin yassin universiti malaya 020609Inilah mesej yang disampaikan beliau yang juga timbalan presiden Umno, dalam satu mesyuarat tertutup semalam, demikian menurut pemimpin parti yang menghadirinya.

"Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.

Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.

BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

'Gandakan usaha'

manek urai by-election nomination 060709 tuan aziz tuan mat with muhyiddinMenurut pemimpin parti tersebut, Muhyiddin turut menegur pekerja parti itu yang lambat tiba sebelum BN berarak ke pusat penamaan calon semalam.

"Kita tidak seharusnya bertumpu berkempen di kubu kuat Umno sahaja, tetapi juga di kubu kuat PAS bagi memenangi hati rakyat," katanya.

Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan 'Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan'(canggih tu) untuk menarik sokongan pengundi.

Tokeyai

TPM mintak simpati kat orang manik urai...kesian tokeyai tengokkan tak pernah umno sampai macam ni mintak nyawa sebab depa semua dah tinggal nyawa-nyawa ikan inilah yang banyak orang cakapkan...gini ajelah tokeyai ada satu cadangan baik punye....kalau nak menang sangat kasi kat kelantan duit royalti minyak dia orang punya RM2.4billion lah lebih kurang ikut cakap datuk Husam jangan tangguh-tangguh lagi cepat hari ngundi dah dekat....kita tengok ada berani tak Tok Jib kita.....saksikanlahhhhhh........

Monday, July 6, 2009

PAS-Umno berentap di Manek Urai

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,

pas candidate and leaders manek urai by election nomination day 060709 27Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.

Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.


manek urai by election nomination day 060709 01Tokeyai

Selamat bertanding kepada Pas dan Umno bertandinglah secara anak jantan jangan main tipu sana tipu sini...tapi tulah umno ni susahlah tokeyai nak cakap belum apa-apa bantuan dan duit dah gugur dekat bumi manik urai...pesan tokeyai orang memberi kita merasa undi kita hak kita jadi jangan terpedaya dengan harta dunia...gambar sebelah nampaknya bukan main lagi TPM kita siap urut belakang TGHA ada apa-apa ke...nak bodek pasal UG lah tu agaknya muka pun nampak semacam je......kuatkan semangat TGHA jangan mengalah.....

Sunday, June 28, 2009

Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai

Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.-mkini

Tokeyai

Wah... ni kalau betul ni kira baguslah tu menderma ye tak orang kalau dah terdesak macam tulah tabur duit sana-sini nakkan undi janji menang halal-haram tolak tepi....AmNo gunakan talian hayat duit untuk menarik pengundi manik urai kepada pengundi disana kalau dia orang bagi ambil apa saja yang dia orang bagi ambil jangan tak ambil tapi undi tetap pada pas sebab orang yang nak menang pakai duit jenis orang tak guno..percayolah cakap tokeyai....


POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran