Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun percaya calonnya - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.
![]() |
"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.
“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.
Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.
Update Manik Urai
3.56 petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.
3.50 petang - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.
3.47 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa
3.46 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria
3.30 petang - Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter
3.20 petang - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai
3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS dari Kuala Kangsar, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN
3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh
2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.
No comments:
Post a Comment