Monday, July 13, 2009

SPRM siasat tujuh ADUN Pakatan, exco tanya mengapa semuanya Cina?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor berhubung penggunaan dana kerajaan negeri dalam kawasan pilihanraya masing-masing.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, Exco kanan kerajan negeri, Teresa Kok berkata fail-fail berkaitan peruntukan kerajaan negeri kepada setiap wakil rakyat berkenaan, telah diambil oleh SPRM dari Pejabat Tanah dan Galian dua minggu lalu.

"Saya mahu bertanya apakah jenayah yang kita lakukan. Sebagai wakil rakyat, kita perlu menyediakan dana kepada mereka yang kita rasa memerlukan pertolongan. Mengapa kita hendak diganggu?

"Mengapa hanya tujuh orang kita sahaja? Adalah kerana kita semua Cina?" soalnya sambil menambah, kesemua tujuh DUN berkenaan terletak dalam daerah Petaling.

Ketujuh mereka ialah Teresa (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku).

Kesemua wakil rakyat berkenaan diperuntukkan RM500,000 setiap tahun, yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek kemasyarakatan, kebajikan, infrastruktur dan perkara-perkara lain.

Tokeyai

SPRM ni lagi dia tukar nama makin merapu tokeyai tengokkan...bertindak mesti wajar jangan disebabkan ini akan timbul pulak isu perkauman susah ko nanti SPRM....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran