Wednesday, July 29, 2009

H1N1 mengganas cepat cari topeng mulut.....

Kerajaan dok sibuk pasal 1malaysia hingga lupa pasal Hsatu Nsatu yang dah mula meragut nyawa mangsa terbaru seorang wanita berumur 20an dimelaka menjadikan semuanya 4 kematian dan pastinya akan bertambah tokeyai mencadangkan sebelum dia membunuh anak-anak kita cepat-cepatlah diberikan cuti kepada semua sekolah termasuk ipta dan ipts kerana saban hari juga ada sekolah yang ditutup oleh itu kementerian pelajaran harus merombak jadual persekolahan semula mungkin pada hujung tahun atau memendekkan jadual persekolahan...tak ada cara lain beb sekolah mesti ditutup sebelum H1N1 lebih menggila....cakap banyak tak guna beb...

Wanita 20 Tahun Kematian Keempat Influenza A (H1N1)

PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Seorang wanita rakyat tempatan berusia 20 tahun meninggal dunia pagi Selasa akibat jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang dan disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai membimbangkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita yang berbadan besar itu meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk yang dijangkiti daripada persekitaran, dan sampel tekak yang diambil pada hari yang sama mengesahkan beliau dijangkiti Influenza A (H1N1).

"Pesakit telah mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, dan walaupun gejala demam dan batuk bertambah teruk, beliau hanya pergi mendapat rawatan selepas sakit semalam di Hospital Melaka di mana x-ray dada menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Dr Mohd Ismail yang sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) berkata kadar kematian yang semakin meningkat di negara ini adalah membimbangkan, lebih-lebih lagi kerana ia disebabkan oleh rawatan yang lewat, sama ada disebabkan oleh pesakit yang lewat mendapatkan rawatan atau doktor yang gagal mengesan jangkitan itu lebih awal.

Beliau berkata mesyuarat hari ini mengambil ketetapan bahawa semua pengamal perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah memberikan tahap pemerhatian yang lebih tinggi kepada kes-kes pneumonia yang disebabkan oleh Influenza A (H1N1).

"Kes-kes pneumonia terutama yang teruk hendaklah diuji kemungkinan jangkitan Influenza A (H1N1)," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang dirawat di hospital perlu diambil swab tekak untuk ujian Influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antiviral serta diambil sejarah jangkitan Influenza Like Illness (ILI) dan Influenza A (H1N1).

"Selepas berlaku empat kematian, saya harap orang ramai akan lebih berhati-hati. Jika ada yang tidak sihat dan mempunyai simptom seperti sesak nafas dan sebagainya, gunakan penutup muka dan segera dapatkan rawatan.

"(Bagi doktor) ini menunjukkan kita perlu perkemaskan lagi teknik pemeriksaan. Apabila pesakit datang, dapatkan latar belakang dengan teliti, dan jika ini menunjukkan ada simptom mengenai masalah pernafasan, periksanya dengan lebih teliti," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang disyaki disebabkan oleh Influenza A (H1N1) juga hendaklah diberi rawatan antiviral influenza dengan dos diganda.

Beliau berkata ujian makmal untuk Influenza A (H1N1), yang setakat ini hanya boleh dibuat di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Hospital Sungai Buloh juga akan diperluas kepada hospital kerajaan negeri, dan untuk itu latihan dan kemudahan akan dibekalkan kepada hospital-hospital terlibat.

Sebanyak 21 hospital swasta telah diberi bekalan antiviral influenza untuk digunakan bagi merawat pesakit-pesakit influenza A (H1N1) atau yang disyaki.

"Kita akan beri dos yang mencukupi untuk mereka beri rawatan yang sewajarnya dan kita akan tambah dari semasa ke semasa, jadi tidak ada alasan bagi hospital swasta merujuk pesakit kepada hospital kerajaan," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri juga akan diwujudkan, di mana Pengarah Kesihatan Negeri akan menyampaikan keputusan mesyuarat teknikal pusat kepada semua pihak yang terlibat termasuk doktor-doktor swasta.

Mengenai situasi semasa, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 47 kes baru dilaporkan di seluruh negara dan kesemuanya merupakan kes jangkitan tempatan, di mana 27 daripadanya merupakan kejadian dari enam kluster baru, 10 kes dari lima kluster sedia ada manakala 10 kes lagi merupakan kes-kes terpencil.

Ia menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini meningkat kepada 1,266, di mana 574 atau 45 peratus merupakan kes import dan bakinya adalah jangkitan tempatan.

"Daripada jumlah ini, 1,233 kes atau 97 peratus telah sembuh, 24 kes atau dua peratus yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan orang atau satu peratus lagi sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.

Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 169,753 kes dengan 1,125 kematian dilaporkan di 159 negara setakat pagi ini.

H1N1: Lagi IPT Dan Sekolah Ditutup

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Dua buah institusi pengajian tinggi (IPT), sebuah kampus pengajian dan sebuah sekolah ditutup hari ini dan semalam selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan terkena jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini manakala Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan diarahkan tutup seminggu bermula semalam.

Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup sehingga 3 Ogos dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang ke rumah masing-masing selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak petang semalam. Hanya kira-kira 4,000 pelajar mendiami asrama di kampus UPSI manakala selebihnya tinggal di luar.

Di IPOH, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Kesihatan Negeri Perak berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh dari Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapatkan maklumat bilangan penuntut UPSI yang terlibat dan pertambahan kes jika ada.

"Sehingga kini, kita masih menyiasat sampel darah yang diambil daripada penuntut terbabit bagi mengesahkan sama ada positif influenza A (H1N1)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran