Thursday, July 16, 2009

KHIR TOYO BUAT ROADSHOW JELAJAH SELANGOR
buat konsert-Aku diGantung tak bertali
Khir jelajah S'gor jelas isu penggantungan



Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menjelajah ke seluruh negeri itu bagi menjelaskan kepada semua 22 bahagian Umno berhubung penggantungannya daripada menghadiri sidang DUN selama setahun, berkuatkuasa semalam.

Penjelajahan tersebut akan bermula malam esok di bahagian Hulu Langat, kata bekas menteri besar Selangor itu.

"Saya akan ke bahagian-bahagian di Selangor untuk menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga tidak bersih dan takut di tegur oleh BN.

"Saya harap rakyat akan dapat terima penjelasan saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penggantungannya itu bertujuan untuk "menutup mulutnya", maka ia adalah satu kesilapan.
"Saya akan menjalankan tanggungjawab saya," katanya.


Tokeyai
Tujuannya tak lain nak menipulah tu...sudahlah khir orang semua nak tahu mana ko dapat duit 18,000 lebih sebulan buat bayar kat bank tu cuba ko jawab tu belum den tanyo yang lain...lagi satu den nak tanyo dah lamo dah ni ko pakai apo ahh..muko ko sampai berkilat cam tu botox ko susuk ko jamu ko...cito lah sikit tokeyai pun nak bagi muko ni kilat cam tu jugak....


SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas terjun dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

Tokeyai
Musykil dan musykil....timbul banyak persoalan...macamana dia mati kenapa dia terjun....bunuh dirikah atau dibunuh...ahh tapi kenapa..poning kepalo tokeyai


No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran