Friday, July 17, 2009

Kes Pembantu exco
NAZRI SURUH JGN TUDUH TAPI DIA MENUDUH


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meminta supaya pihak, termasuk DAP supaya menunggu selesai siasatan terhadap kematian setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.

"Jangan tuduh-tuduh. Kalau tuduh, kenyataan mereka keluar nanti dekat laporan akhbar, menyebabkan masyarakat buat pandangan (sendiri) sebelum penyiasatan dibuat," tambahnya.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Mengulas lanjut, Nazri berkata: "Saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia dah dilepaskan selesai soal siasat semalam.

"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," kata Nazri ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita kena tunggu dulu siasatan tu macam mana. Jangan terus membuat kesimpulan," tambahnya.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Reaksi KDN

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kematian Teo.

"Saya masih tidak ada laporan lengkap berkenaan perkara itu, jangan timbulkan sebarang andaian, biar pihak berkuasa yang siasat dari segala aspek untuk mengetahui perkara sebenar," kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada media malam ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut.

Tokeyai

Apalah ini orang cakap tak serupa bikin suruh jangan tuduh tapi dia pulak menuduh...mana dia tahu teo terjun bangunan sedangkan siasatan baru nak mula ni betul-betul haprak punya orang...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran