Tuesday, July 28, 2009

Pewaris dah cuak nak berdamai dengan antiISA
Hulur tangan rundingan...
Jul 28 09




Kumpulan pendokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk berunding dengan pihak yang menentang akta itu bagi mengelakkan pertembungan dalam demonstrasi besar kedua pihak Sabtu ini.

"Terpulanglah kepada mereka (anti-ISA). Kita sentiasa membuka pintu untuk berunding," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut tentang aspek yang sedia dibincangkannya, Rahimuddin berkata, Pewaris bersedia membatalkan demonstrasi mereka sekiranya GMI juga bersedia berbuat demikian.

"Kerajaan sedang kaji, kita belum tahu hasilnya. (Jadi,) piket buat apa? Kalau kerajaan boleh mansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (P PSMI), kenapa kali ini tidak sabar (tunggu keputusan)," katanya.

Bagaimanapun, Rahimuddin menolak sebarang perbincangan sekiranya itu bertujuan meminta Pewaris mengubah laluan demonstrasinya.

"Kata kebebasan untuk semua, orang yang sokong (dasar) kerajaan juga patut dibenarkan (berhimpun)," katanya.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum kesemuanya bergerak ke Dataran Merdeka dan seterusnya ke Istana Negara.

Tokeyai

Sudahlah pewaris jangan nak kelentonglah tak ada orang yang nak menyokong kau lah balaci-balaci umno adalah....harap-harap satu hari nanti adalah hendak-hendaknya suku-sakat pewaris dan yang pro isa ini kena tangkap pakai ISA ni...aminnnnnn

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran