Thursday, July 16, 2009

Jui Meng Letak Jawatan Pengerusi MCA Bahagian Bakri

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai parti pembangkang.

Setiausaha MCA Bahagian Bakri Kelvin Lim berkata Chua, yang juga bekas Menteri Kesihatan telah memanggil satu mesyuarat tergempar bahagian tersebut malam ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai pengerusi bahagian berkenaan.

"Mesyuarat tergempar itu akan diadakan di pejabat bahagian di Jalan Bakri, Muar malam ini. Selepas 7.30 malam, satu kenyataan dijangka dikeluarkan kepada media. Ia seolah-olah Datuk Chua Jui Meng telah membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada hari Khamis.

Chua, 64, merupakan pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun.

Beliau bertanding jawatan presiden MCA dua kali tetapi kalah kepada Tan Sri Ong Ka Ting pada pemilihan parti 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan tahun lepas.

Bagaimanapun Chua tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai peletakan jawatannya walaupun beberapa percubaan dibuat.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran