Friday, July 24, 2009

Jumaat Jul 24 o9

Nik Aziz Akui Pegang Lilin Meragukan Tetapi Bukan Haram

KOTA BAHARU, 23 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.

Tokeyai

Kenyataan TGNA ini sudah pasti selepas ini akan menimbulkan berbagai spekulasi terutamanya dikalangan juak-juak umno terutamanya sizambry tu apapun bagi tokeyai ianya bergantung kepada niat kalau kita masuk masjid dengan niat nak bermegah-megah atau untuk menyengutukan allah dekat situ dah jatuh hukum...sekadar memegang sebatang lilin pada upacara menghormati kematian agama lain menimbulkan perbalahan dalam hukum atau mencari kepentingan politik adalah perkara yang remeh kalau nak dikira cara kehidupan harian kita selama ini islamik sangatkah kita jangan nak hipokrit dalam hal ini berapa banyak budaya atau amalan agama lain yang kita samada sedar atau tidak telah kita campurkan dalam amalan dan budaya islam itu sendiri...contoh yang mudah penghulu hari adalah hari jumaat tapi kita cuti pada hari ahad seolah-olah kita menghormati hari yang penganutnya bersembahyang pada hari itu cara kita menyambut hari lahir budaya siapa yang kita tiru dengan meniup lilin dan memohon hajat ramai orang islam yang buatnya termasuklah anak zambry tu sendiri jangan nak menapikan disini pemimpin-pimimpin umno yang saban tahun ke tugu negara seolah-olah menyembah patung tu amalan siapa yang kita tiru jadi orang-orang yang buta hukum ni macam sizambry termasuklah suku sakatnya jangan nak berlagak pandai apa selama ini orang-orang umno ni tak pernah tengok geng-geng BN lain mati ke tak tahu nak beza mana adat mana amalan agama dia orang kalau belum memang sah umno ni jenis tak campur orang jadi tak payah nak kecoh-kecoh pasal 1malaysia tu buang masa aje...kalau nak kira banyak lagi amalan-amalan bidaah dan kelihatan murtad atau khurafat yang sedang diamalkan oleh kebanyakkan orang islam kita yang sedang dipelopori oleh kebanyakkan pemimpin umno melalui dasar sekularisme dan nasionalisme ini ...itu yang patut sizambry dan juak-juak umno lain sedar bukannya dengan hanya memegang sebatang lilin...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran