Monday, July 27, 2009

Umno Selangor Lancar Program PINTAS PR Selangor Kena Lancar Program CANTAS

Satu Program Sebulan Dari Setiap 56 DUN, Intipati Pintas Rampas Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Jentera penerangan Umno Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada intipati Program Inisiatif Tawan Selangor (PINTAS) yang dilancarkan secara rasmi hari ini dan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Melalui PINTAS, semua jentera penerangan di setiap Dun diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner.

"Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi 'Kerajaan Selangor Zalim dan Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock'.

"Ini akan memberi peluang kepada peserta meluahkan pandangan mereka dalam membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang di sini Ahad.

Ahmad berkata, jika 3,000 anggota jentera penerangan negeri itu bekerja bersungguh-sungguh dan 56 DUN berjaya mengadakan program penerangan tidak mustahil Umno akan merampas kembali Selangor.

Beliau berkata, bagi memastikan program itu mencapai sasarannya, penerangan Selangor perlu mengumpul segala fakta penyelewengan yang dilakukan kerajaan negeri bagi didedahkan dalam sesi ceramah.

"Kita akan ulang balik segala isu-isu tersebut. Jangan kita simpan isu-isu yang sudah lama. Kita kumpul satu-satu dan dedah dalam ceramah yang diadakan. Kita ingatkan balik perjalanan enam bulan yang lepas...apa yang mereka janjikan tetapi tidak ditunaikan," katanya.

Ahmad berkata, program itu akan dilakukan secara berterusan dan bukan hanya bergantung kepada isu-isu terkini sahaja.

Beliau menggesa semua jentera penerangan sama ada daripada Pemuda, Wanita dan Puteri Umno supaya merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama agar tidak berlaku pertindihan aktiviti yang boleh mengurangkan keberkesanan program.

Pada majlis itu, Ahmad turut melancarkan Koperasi Wawasan Muda Selayang Berhad yang ditubuhkan hasil kerjasama beberapa syarikat yang berjaya di Selayang untuk membantu masyarakat kawasan itu membangunkan ekonomi.

Tokeyai-Jul 27 09

Rasa-rasanya Umno selangor tak usahlah bermimpi disiang-siang bolong kalau tak faham tanya kat khir toyo macamana nak rampas nak perkuatkan umno semula pun belum tentu dapat...gini ajelah kat kepala-kepala umno selangor ni pakat keluar ramai-ramai masuk Pakatan Rakyat baru konsep 1Malaysia akan berjaya dengan cemerlang gemilang dan terbilang tak terhoyong-hayang macam sekarang ni tak payah pening-pening kepala rakyat pun dah muak dengan ko orang yang memimpin umno ni walaumacamanapun PR selangor kena buat kerja betul-betul jangan main-main nanti kena cantas pulak kalau taknak kena cantas buat program cantas pintas ni....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran