Thursday, July 30, 2009

Satu lagi kumpulan bertembung-anti maika dan pro maika

Dua kumpulan pemegang saham Maika Holding - satu diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof P Ramasamy dan satu lagi diketuai oleh CEO Maika Holding - S Vell Paari - akan berhimpun di ibupejabat MIC di Jalan Rahmah, Kuala Lumpur, tengahari ini.

Kumpulan yang diketuai Prof P Ramasamy dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bersama pemegang saham Maika Holdings mahu menuntut penjelasan mengenai status kewangan syarikat berkenaan.

Mereka telah mula berhimpun di beberapa tempat di bandaraya dan merancang untuk berkumpul di ibupejabat MIC tengahari ini. Seramai 1,000 dijangka menyertai kumpulan tersebut.

Manakala kumpulan kedua diketuai oleh Vell Pari, merupakan pemegang saham Maika yang berpuashati dengan cara syarikat itu dikendalikan.

Kumpulan ini telah mula berkumpul di ibupejabat Maika yang terletak di dalam bangunan ibupejabat MIC sejak jam 9 pagi tadi dan jumlahnya semakin meningkat.
Kumpulan Ramasamy merancang untuk menyerah satu memorandum kepada Vell Paari, menuntut penjelasan mengenai status Maika yang merupakan syarikat pelaburan MIC.

Ramai pemegang sahamnya tidak puas hati dengan prestasi syarikat berkenaan dan menuntut balik pelaburan mereka.

Salahkan Koperasi Nesa

Vell Paari, yang juga anak lelaki Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sedia membayar balik wang pemegang saham tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terdapat injunksi oleh Koperasi Nesa - yang diketuai bekas timbalan presiden, Datuk S Subramaniam - untuk menghalang penjualan sebuah syarikat insurans.

Vell Paari pada awalnya mahu menjual syarikat insurans milik MIC - Oriental Capital Assurance Bhd (OCAB) - tetapi dibantah oleh Nesa, yang juga pemegang saham Maika, atas alasan penjualannya tidak menguntungkan sepenuhnya pemegang saham.

Awal minggu ini, Vell Paari memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia bertemu kumpulan yang dipimpin oleh Ramasamy itu untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai status Maika.

Bagaimanapun, tambahnya, Ramasamy juga mesti bersedia memberi penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah diambilnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

Tokeyai

Maika boss samy vellu ceo anak samy vellu yang kaya dia anak beranak yang terus tak kaya ahli-ahli mic....lu orang fikirlah sindri...




No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran