Thursday, July 30, 2009

Utusan membodek pemimpin pekerja diabaikan
Ketua NUJ Utusan kena tindakan lebih serius



Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu dikenakan tindakan siasatan dalaman Selasa ini atas dakwaan memfitnah dan menjejaskan reputasi syarikat.

Amran Ahmad pertengahan bulan ini dikenakan surat tunjuk sebab susulan tindakannya membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan syarikat.

Ahli majlis eksekutif kesatuan itu Wan Syamsul Amly Wan Seadey memberitahu Malaysiakini hari ini, majikannya telah memaklumkan tentang siasatan dalaman tersebut dalam satu notis, Isnin lalu.

Menurut notis berkenaan, Amran diperintah hadir pada 4 Ogos, jam 10.00 pagi di Pusat Latihan Utusan di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Amran akan berdepan dengan tiga pertuduhan memfitnah - berdasarkan tiga laporan di Malaysiakini dan Harakahdaily - yang berhubung tindakannya ke SPRM, jelas Wan Syamsul lagi.

Tokeyai

Inilah akhbar paling tak guna suka memutarbelit fakta dan menipu orang melayu...tak percaya pernahkah dia siarkan pemimpin-pemimpin umno yang korup yang harta berjuta-juta..ada...tak adakan...semua yang disiar yang elok-elok aje yang tak elok ditutup...bukan ke itu menipu namanya...celiklah orang melayu celik pekerja sendiri pun dianiaya mintak naik gaji tak bagi...bela melayu kejadah apa ni...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran