Saturday, July 25, 2009

FUNGSI SURUHANJAYA DIRAJA,INKUES MENGIKUT KACAMATA GHANI PATAIL

KUALA LUMPUR 24 Julai – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menjelaskan fungsi suruhanjaya diraja dan inkues yang diputuskan Kabinet kelmarin berikutan kekeliruan beberapa pihak khususnya pembangkang berkaitan siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC), fungsi suruhanjaya diraja berbeza dengan inkuiri.

Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 jelas merujuk kepada persoalan perlakuan dan pengurusan oleh pegawai dan jabatan kerajaan atas kebajikan awam (public welfare).

Suruhanjaya diraja tidak boleh meliputi siasatan kematian

sebaliknya inkues oleh majistret

di bawah CPC lebih sesuai dan dibenarkan oleh undang-undang.

Tiada suruhanjaya yang ditubuhkan sebelum ini bertujuan mencari punca kematian seseorang.

INKUES/ SIASATAN

*Inkues diadakan di bawah CPC

untuk menyiasat bila, di mana, bagaimana dan apakah punca kematian dan juga sama ada

terdapat individu lain terlibat.

*Di bawah Seksyen 333 CPC, majistret wajib mengadakan siasatan lebih mendalam jika tidak berpuas hati sebab kematian terutamanya dalam kes kematian mengejut.

*Siasatan yang sama jika dijalankan oleh suruhanjaya diraja akan menyebabkan pertindihan.

*Inkues di bawah CPC mencukupi dan paling sesuai untuk kes seperti ini.

Tokeyai

Tunggu apa pulak kata ex-judge NH CHAN dan majlis peguam boleh ke tak Suruhanjaya Diraja siasat punca kematian

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran