Monday, July 20, 2009

isnin 20 jul 09
SIKATAK MENGONG-ONG PANGGIL HUJAN

Sikatak yang tak ada haluan ni sedang mengong-ong mintak perhatian supaya pertubuhan tak perkasanya itu menjadi bertambah perkasa.Menuduh pembangkang (PR) sengaja mensensasikan kematian Teo dan menghentikan tohmahan pada SPRM menunjukkan betapa sikatak ni tak menyedari situasi semasa maklumlah selama ini berada dibawah tempurung mana nak tau teo mati macamana siap buat andaian teo mati membunuh diri.Dia ingat kita semua katak macam dia boleh dan senang diperbodoh-bodohkan oleh UMNOBN kalau teo mati kat jalan ke kat rumah dia orang tak kecoh macam ni sekarang ni teo mati selepas SPRM siasat dia dan masih dalam kawasan SPRM mestilah orang mempertikaikannya apalah bodoh sangat sikatak ni patutlah umno tendang dia keluar dulu..apa masalahnya jika ditubuhkan suruhanjaya diraja susahkan dia ke yang dia dok mengong-ong tu apapasal cuba jika yang mati tu adik dia atau anak dia kita nak tanya apa reaksi dia...ahh kan dia katak tentu tak kisah punya katak mana tau apa-apa...sudahlah tu katak tak usahlah nak main wayang kau masuk aje UMNO kosongkan kerusi Pasir Mas habis cerita lepas ni kalau kau nak mengong-ong banyak manapun lantak kaulah tokeyai tak kisahpun.....baca kenyataan dia dibawah

KUALA LUMPUR 19 Julai - Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan ahli politik mendesak pakatan pembangkang menghentikan segala tohmahan dan tuduhan yang keterlaluan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay sia (SPRM).

Mereka juga menyifatkan tindakan pakatan pembangkang sebagai melampau apabila mengemukakan pelbagai tuntutan termasuk desakan ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima, Plaza Masalam, Khamis lalu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pakatan pembangkang tidak sepatutnya melatah dengan mendesak kerajaan membuat pelbagai perkara sedangkan siasatan kes tersebut sedang dijalankan.

''Kenapa penyokong pembangkang tidak boleh sabar? Sepatutnya berilah ruang supaya siasatan dijalankan dan sesudah siasatan selesai, jika masih tidak puas hati barulah buat perhimpunan atau tuntutan.

''Sekarang belum apa-apa lagi sudah buat tuntutan dan perhimpunan. Lama-lama setiap orang yang mati kena tubuh suruhanjaya. Berapa ramai polis mati dan orang Melayu yang mati secara pelik, tidak ada orang buat perhimpunan dan tuntutan pun selama ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, tidak ada sebab bagi SPRM untuk membunuh Beng Hock kerana mendiang merupakan aset untuk membongkar penyalahgunaan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Mungkin Beng Hock tertekan dengan apa yang telah berlaku merupakan satu penyalahgunaan kuasa. Macam-macam boleh berlaku.

''Tetapi pembangkang sudah eksploitasi isu ini seolah-olah hendak jadikan isu perkauman,'' katanya.

Tambah Ibrahim, pembangkang sebenarnya ingin mengalihkan pandangan rakyat kerana mereka disiasat SPRM.

''Ada juga dalang besar di belakang yang hendak alih isu ini juga,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran