Thursday, July 23, 2009

khamis Jul 23 09
LAPORAN CSI KES TEO VERSI WRLR

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 1



terjemahan oleh: Amiruddin Ahmad


19/07/2009 by drrafick

1. TBH dikatakan akan berkahwin pada 16 julai 2009 setelah mendaftar perkahwinan mereka.beliau sudah pun berkahwin (secara tradisionalnya) dan isteri beliau telah mengandung.Adakah berlakunya masalah di rumah , sehinggakan beliau mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri?Dari apa yang di dapati beliau tiada masalah dalam perkara ini.

2. TBH dikatakan berada di pejabat SPRM di antara 15th (5.00pm) dan pada 16 Julai 2009(6.00pg).Pejabat SPRM terletak di Plaza Masalam.Dia jatuh dari banggunan tersebut.bagaimana ianya berlaku tanpa di sedari dan kedengaran sebarang suara jeritan diantara 6 pagi dan 130petyang bilaman tubuh beliau ditemui.Hotel Concorde di sebelahnya.banyak pejabat jabatan kerajaan di dalamnya dan yang anehnya tiada siapa yang mendengarnya?ini menimbulkan sedikit persoalan.


3. Pertamanya , beliau mungkin tidak terjatuh antara 600 pagi dan 130 ptg pada 16 julai 2009 tetapi mungkin lebih awal dari itu.Kemungkinan juga beliua mungkin meninggal semasa didalam pejabat SPRM.Tiada bukti,tanda beliau menjerit .kemungkinan beliau terjatuh dari tempat tinggi ,dan beliau dalam keadaaan khayal.?

4. Dato Mohd Shukri Abdul mendakwa didalam pejabat tiada CCTV.mungkin inilah yang dikatan kehebatan SPRM.

5. Bagaimana pun saya pernah ke Plaza Masalam untuk urusan dalam beberapa hal di Jabatan Ukur dimana ianya terletak di tingkat 17.berdasarkan kepada pengalaman saya,saya perlu mendaftar di pintu utama di jaga pintu lif di tinkat 5 (atau 4) dan jika saya tidak salah, banggunan tersebut mempunyai CCTV diseluruh banggunan itu.??bagaimana pun tiada seorang pun yang hadir untuk mengesahkan waktu ketibaaan beliau dan waktu beliau keluar berdsarkan kepada bukti-bukti yang diberikan.




6. Berdasarkan pictures on the nut graph blog, ianya melihatkan 3 gadis menjenguk keluar dari tingkap yang kecil dari salah sebuah tingkat Plaza Masalam.Tiga gadis cantik itu jika dilihat dari jarak dekat, ianya nampak lebih kecil jika tingkap yang dibuka itu diperhatikan secara jelas.Berdsarkan dari gambar tinggi antara dinding ke tingkap itu antara 4 ke 5 kaki,.ianya tidak semudah itu untuk orang sekecil TBH untuk memanjat melainkan beliau berpijak diatas sesuatu.Cuma kemungkinannnya ialah jika ianya diluncurkan dari tingkap.Tubuh badanya yang kecil mungkin boleh dilakukan jika ditolak secara kasar.


7.DalamMalaysiakini, pula dilaporkan gambar-gambar TBH tertiarap diatas bumbung banggunan .jika dilihat dari jarak dekat,ada beberapa fakta .Diantaranya darah kering dari kepala TBH seolah-olah mengalir dari arah berdekatan dengan seorang polis yang berdiri.



8. Mati 5 jam sebelum mayat ditemui jatuh tingkat 14(Akhbar hari ini)Pakar forensic boleh membuat anggaran bila kematian itu berlaku berdasarkan kepada mayat yang berlumuran darah yang ditemui dan juga dengan sejumlah kecil darah yang berada di sekeliling mayat, sama ada ianya mati sebelum jatuh atau semasa ianya jatuh.Jika ianya berlaku ditempat kejadian sudah tentulah percikan darah itu lebih melebar kesan dari jatuh dari tempat yang dinyatakan.(ianya juga tidak menunjukkan berkecainya salur usus dan otak yang berhamburan jika dilihat dari tempat terbuka.



9. Perkara keduanya ialah bilamana tubuh badannya dalam keadaan tertiarap di sebelah kanan.Kenapa tidak menyembam ke simen???Orang yang jatuh dari tempat tinggi biasanya akan tertiarap atau terlentang jika beliau terjatuh dari tingkap.Jika TBH melompat saya menjangkakan ia akan jatuh secara kakinya dahulu .Gambar TBH tidak menunjukkan ciri-ciri yang menyakinkan yang beliau mengalami keretakan tulang sedemikian rupa.Mungkin pos mortem akan membuktikannya.


10. Ketiganya ada kesan koyak pada seluarnya di bahagian punggungnya .Kenapa koyak di situ??Jika seluarnya tersangkut pada sesuatu pada masa ianya jatuh, kenapa koyakkan sedemikian rupa? Mungkin jatuhnya menyebabkan koyakkan pada seluar beliau sedemikian rupa??



11.Adakah ianya berpunca dari utas dawai atau cangkuk pada tingkap?berdasarkan kepada gambar kemungkinan apa yang berlaku ianya mungkin tersangkut pada tingkap sebelum terjatuh,ianya mungkin di tolak dalam masa yang sama ianya tersangkut pada cangkuk kunci tingkap tersebut.Itu punca kenapa seluarnya koyak di bahagian punggung.

12.Perkara ke empatnya ialah ada 3 batu bata yang berada berdekatan dengan mayat TBH.Ianya tidak diketahui sama ada ianya memang berada di situ sewaktu beliau terjatuh atau memang ianya ada kaitan dengan kejadian tersebut.Adakah batu-bata yang hampir sama dalam pejabat SPRM yang digunakan sebagai tempat meletak pasu bunga atau sebarang kegunaan lain? Ini hanya dapat dijawab oleh pihak polis yang menjalankan siasatan.


13. Tanpa pelan struktur banggunan pejabat SPRM, dan lokasi tempat kejadian, adalah sukar untuk menjelaskan kejadian tersebut. Para pemberita menjelaskan bahawa TBH terjatuh dari tingkat 14.Saya tidak begitu pasti dari manakah mereka membuat tafsiran sedemikian.


14. Jika beliau jatuh melalui tingkaphe fell through one of the windows, sudah tentulah adanya punca dan juga bukti kejadian pada tingkap dimana ianya di percayai terjatuh atau kawasan sekitar banggunan tersebut.Pilihan yang ada pada kes ini tersangat terhad namun ialah kemungkinannya ianya kejadian jenayah yang berlaku.


15.Kita perlu menunggu siasatan dari pihak polis .Malangnya masyarakat membuat berbagai tanggapan terhadap PDRM dan mengharapkan sesuatu yang tinggi dari mereka untuk menjelaskannya.Namun dalam masa yang sama ,masyarakat telah membuat berbagai telahan akan hasil laporan yang bakal diketahui mereka.Malah mereka juga mengganggap bukti yang pihak polis akan berikan berbeza dari tanggapan masyarakat, dan pada tanggapan saya penjelasan dari pihak polis akan menyebabkan masyarakat umum akan hilang keyakinan kepada mereka.



16. Kematian TBH masih menjadi misteri yang sukar untuk dirungkai.Berdasarkan kepada kurangnya bukti.Beliau kemungkinannya telah meninggal semasa soalsiasat dan mayatnya dijumpai seolah-olah terjatuh dari banggunan.Bukti-bukti akan muncul juga akhirnya.Saya berharap pihak yang terlibat akan dihukum dan sipenjarakan……..


akan bersambung............

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 2



1. Selepas mengeluarkan satu bahagian dalam satu penyiasatan yang telah diperolehi ke atas TBH dimana fakta kematian beliau yang diperolehi dari maklumat orang ramai, ianya menjadi kenyataan apabila semua fakta dan telahan didapati benar .Dengan maklumat yang berbelit dari ketua Polis Selangor dan juga sesetengah pembaca ,saya percaya(saya dan pembaca blog saya) telah berjaya sekurang-kurangnya menyelesaikan beberapa keributan yang timbul dan misteri kejadian yang berjaya di dedahkan.

2. Saya percaya , pihak kkami adalah yang terwal menjelaskan kepada umum bahawa TBH sebenarnya jatuh dari tempat yang tinggi(kemungkinannya besarnya dari pejabat SPRM) dan yang pertama mendedahkan tentang bahagian yang koyak di bahagian pungggungnya dan kemungkinanya seluar beliau tersangkut pada kunci tingkap atau benda yang seakan kunci yang menyebabkan koyakkan yang besar.

3.Sebelum meneruskan siasatan, biar kami lihat dan sahkan bahawa kami telah keluarkan satu maklumat menerusi layat internet .Antara nya ialah:

a) Pihak polis telah mengesahkan berdasarkan CCTV bahawa TBH telah ke pejabat SPRM pada sekitar jam 515petang pada 15 julai 2009.


b) Tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan melalui CCTV ,bahawa beliau telah meninggalkan pejabat SPRM pada atau masa tertentu pada 15 julai dan 16 Julai 2009 sehinggalah mayat beliau ditemui pada jam 130 petang oleh “seorang yang mengambil berat” dan menjelaskan bahawa pada masa yang tersebuttiada sebab beliau meniggalkan banggunan SPRM.

c) Maklumat dari “seorang yang terlalu mengambil berat” ini sama ada beliau lelaki atau wanita ini amat dicurigai atau tidak jelas.ianya menjelaskan bahawa “orang yang terlalu mengambil berat ini” sedang melakukan apa –apa tindakan dalam masa mayat tersebut di temui.

d) Pihak polis telah mengesahkan bahawa TBh telah jatuh dari tempat tinggi melalui tingkap tingkat 14 pejabat SPRM dan mendarat di bumbung tingkat 5 podium atau platfom banggunan.


e) pihak polis juga telah mengesahkan bahawa secebis kancing pada gerbang atau tingkap ditemui pada mayatnya dan ianya dipadankan dengan apa yang di teui di tingkap pejabat SPRM



f) ada sedikit kontradiksi antara keyataan akhbat yang di keluarkan oleh Dato Shukri Abdul yang mengaitkan masa TBH di soalsiasat. Gambar dari CCTV menunjukkan bahawa TBH telah memasuki banggunana tersebut pada jam 515.saya menyatakan demikian kerana ianya mungkin mengaml masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk naik ketingkat atas dan menyediakan dirinya untuk disiasat .Saya juga percaya sessi soalsiasat bermula jam 5.30 petang.

g) Dato Shukri juga menyatakan bahawa TBh telah di bebaskan pada jam 345 pagi , akan tetapi beliaumengaml keputusan untuk berehat di tempat tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang biasanya berlaku. Ini adalah kerana tiada sesiapa pun yang akan menunggu di tempat beliau di soalsiasat .Jika beliau benar-benar di bebaskan kenapa pihak SPRM masi memegang talefon bimbitnya? Ini menunjukkan bahawa pihak SPRM tidak jujur.





4. Dalam teori saya . TBH sebenarnya telah meninggal semasa di soal siasat oleh pihak SPRM.Ini bukanlah sesuatu yang luar baisa, namun ia telah disahkan bahawa beliau “telah meninggalkan pejabat SPRM” atau sama ada melalui tingkap tingkat 14.Apa yang menjadi isu sekarang ini ialah bagaimanakah keadaan beliau semasa meninggalkan banggunan tersebut ?adakah beliau sudah mati, sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri atau masih hidup.


5. Dalam teori saya, Dato Khalid menyatakan bahawa berdasarkan pos mortem , TBH telah meninggal semasa dalam tahanan SPRM, beliau telah meninggal dunia 4-5 jam sebelum beliau ditemui.Saya tidak begitu bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana ia bermakna TBH telah jatuh pada antara jam jam 830 pagi ke 930 pagi .Jika beliau masih hidup,sudah tentu seseotrang mendengar beliau menjerit.Jika beliau telah meninbggal dunia dan dicampak keluar melalui tingkap, sudahntentulah ada seseorang yang ternampak akan kejadian tersebut dan terdengar sesuatu yang jatuh dengan kuat!!



6.Dalm tulisan saya yang pertama, saya mencadangkan bahawa kemungkinan beliau telah mati lebih dari 6 jam berdasarkan kepada gambaran visual yang ditunjukkan termasuk badan dan juga percikan darah di atas bumbung sebagaimana yang dilihat dalam internet.Saya tidak lah pakar dalam hal ini , namun ramai yang boleh bersetuju dengan opandangan saya.


7. Dalam membina semula apa yang terjadi,dan jika berda di tempat saya , teorinya ialah beliau telah meninggal dunia semasa dalam tahanan dan soal siasat.Pihak IO telah merasa gelabah dan mula merancang sesuatu.Saya mengesyakki bahawa bahawa mayatnya telah di luncurkan keluar melalui tingkap sebelum jam 6 pagi.





8. Tambahan pula terdapat seorang saksi yang melihat (Tan) yang menyatakan bahawa beliau melihat TBH bergerak ke tandas pada jam 6 pagi, saya percaya dia tersilap masa.Beliau sebenarnya telahb tersalah agak kerana beliau ditahan pada waktu malam dan kemugkinanya terkeliru.Secara dasarnya saya percaya bahawa semasa dalam pejabat SPRM kemungkinannya ada saksi yang boleh dikatakan sebagai suspek dalam kes ini. Dalam akhbar online melaporkan bahawa Tan tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis.


9. Zberbalik semula kepada peristiwa diawal kejadian, saya percaya TBH sebenarnya telah meninggal dunia semasa beliau di perosok dan dicampak eluar dari tingkap.Sebelum jam 6 pagi, dan dalam masa tersebut suasan masih gelap gelita kemungkinannya tida sesiapa yang melihatnya .Saya mengesyakki bahawa seseorang bertanggungjawab untuk menggangkat mayat TBH di mana kepalanya berada di sebelah kanan beliau , beliau kemudiannya cuba melepasi tingkap kecil .Seluar beliau tersangkut pada sesuatu yang menyerupai kunci dan dengan berat badan beliau kemungkinan nnya seluar tersebut koyak di punggungnya.



10. Saya percaya bahawa beliau mati selepas terjatuh dari atas paras bumbung tingkat 5 banggunan berdasarkan kepada jumlah kecederaan dan percikan darah di bumbung tersebut.Jika beliau masih hidup dan jantung masih berdegup, jumlah percikan darah sudah tentulah lebih besar lagi berbanding jika beliau mati secara mengejut di situ.



11. Saya juga mendapat komen dari seorang pembaca bahawa terdapat tanda besar pada sebelah kanan tangan beliau.saya tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana apabila saya menggunakan pembesar dengan ms paint .Tanda tiga segi merah tidak kelihatan, ia hanya tanda merah biasa.Kecuali ada pergelutan yang tidak dapat dijelaskan.


12. Sehingga kini siasatan polis dan juga petunjjuuk yang diberikan oleh pihak saya nampaknya hampir sama. Bahawasanya beliau mati semasa soal siasat oleh pihak SPRM dan banggunan SPRM dan tingkap iti ditingkat 14.Saya tertanya-tanya juga apa kegunaanbilik tersebut, dan di mana pula tingkap itu berada.Pihak polis tidak pula megeluarkan sebarang kenyataan sama ada beliau meninggal semasa kejadian jatuh itu, atau sebelum nya.


13. Saya merayu kepada semua pembaca adakah anda melihat akan tanda-tanda yang releven atau ada unsur-unsur yang boleh dijadikan asas kepada gambar-gambar dalam internet untuk di kongsi bersama.Elok untuk kita selesaikan akan teka teki ini.Mari kita lihat sama ada ia sam dengan atau hampir sama dengan apa yang di siasat oleh pihak polis atau langsung keluar dari apa yang diberikan.



akan bersambung......... part 3

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 3

My CSI Findings Part III
21/07/2009 by
drrafick
1.Selepas dua penulisan saya berhubung dengan kematian TBH kini ia mnjurus kepda bahagian ke 3 iaitu setelah membaca dan membuat kajiselidik dari sesetengah kenyataan dari individu dan juga media,saya percaya pihak polis mendapati bahawa tiada sebarang bukti sebagaimana yang saya catakan. Ketua polis negara dalam kenyataannnya bersama Dato najib di KLIA merumuskan bahawa siasatan hapir selesai danmereka mengharapkan untuk menyerahkan kepada Ketua pendakwaraya secepat mungkin.


2. Apa yang didapati hasil dari kajian melalui internet 2 hari lepas, dan juga gambar-gambar yang telah di kaji , mari kita membuat kenyataan sebegini:


a) TBH telah meninggal semasa beliau dibawah sisasatan SPRM dan beliau “sebenarnya begitu teruja ketika berada di pejabat SPRM dan di tingkat 14” .Pihak jabatan kimia mungkin telah mengesahkan akan keadaan ini.


b) Pihak polis telah mengsahkan bahawa TBH tidak meninggalkan tepat tersebut pada jam 345 pagi dan

TBH personal belongings like wallet, P1 hand phone and his backpack was still in the possession of MACC until it was given to the police 2 days later.
Bahawa semua HP,dompet masih berada dalam simpanan pihak SPRM sehingga telah diberikan kepada pihak polis 2 hari lalu.


c) Ia juga dilaporkan bahawa TBH telah meninggal 4-5 jam sebelum beliau dijumpai.Saya cukup tidak bersetuju dengan isu ini.


d) Salah seorang ahli DAP yang dinamakan sebagai Tan telah menyebut bahawa beliau telah berjumpa dengan TBH berdekatan dengan bilik persalinan atau tandas pada sekitar jam 6 pagi pada tarikh 16 Julai 2009.


e)Tiada maklumat yang jelas dan muktamat yang keluar dari mulut atau kenyataan bahawa beliau telah meninggal sebelum” keluar” dari tingkap atau meniggal akibat kesan jatuh.


3. Saya agak terganggu mengenai masa dimana TBH dikatakan dilihat oleh Tan.Saya mengambil keputusan untuk membuat panggilan untuk mengesahkan maklumat.Berdasarkan kepada sumber yang jelas, ianya didapati bahawa TBH bercakap dengan Tan , saya juga di maklumkan bahawa tan tidak meliaht jam pada ketika beliau bertemu dengan TBH.

4. Dia (Tan) telah bertanya kepada TBh bagaimana soalsiasat tersebut berjalan, namun tidak dijawab oleh TBH.beliau hanya mengeluarkan satu suara , namun masih tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh TBH. Dikatakan kelihatan agak murung, apa yang dimaksudkan, saya sendiri tidak pasti.Saya mengagak sesiapa sahaja yangtidak cukup tidur dan dikejutkan sepanjang malam, sudah tentulah menghadapi tekanan , dan sudah tentulah dalam keadaan mood yang tidak baik.


5. Saya cuba untuk lebih mendapatkan kepastian berhubung dengan masa pertemuan antara Tan dan TBh berdsarkan maklumat yang saya dapati,bila sahaja Tan meningglkan TBh sekejap , matahari telah mula muncul.beliau telah membuat telahan berdasarkan matahari.Saya mula membuat kajian kemunculan matahari di Shah Alam sejak beberapa hari lepas .matahari mula jatuh pada sekitar jam 549 petang.


6. Berdasarkan kepada kajian mengenai masa matahari tersebut, jelas semasa Tan keluar dari pejabat, ianya adalah sekitar 549-555 pagi.saya jangkakan bahawa Tan menemui TBh pada sekitar jam 530 pagi. Ini menunjukkan bahawa TBh masih ada sekitar 530 pagi.Ini adalah lebih kurang 8 jam sebelum beliau ditemui mati.

7. Jika kita melihat kepada kenyataan yang dibuat oleh pihak polis dari jabatan pathologist (bedah siasat) , TBH telah meninggal lebih kurang 5 jam sebelum beliau dijumpai, bermakna jam 830 pagi.saya membuat anggaran masa kematiannya ialah 6 jam sebelumnya iaitu sekitar jam sebelum 730 pagi.


8. Berdasarkan kepada maklumat yang telah saya jelaskan , iannya menunjukkan bahawa Tan telah meninggal pada jam 6 pagi. Dalam masa yang sama , di Shah Alam, matahari baru terbit , budak-budak membuat persdiaan untuk kesekolah. Pihak jaga kemungkinan masih lagi bersin dan keadaan jalanraya masih lagi belum sibuk tetapi sedang meningkat.


9. Sebagaimana teori awal saya , beliau telah mati semasa dalam tahanan SPRM. Tubuhnya telah di campak keluar mungkin seorang atau lebih tidak lebih dari 2 orang untuk melihat ianya seolah-olah kejadian mebunuh diri yang berlaku dari tingkat 9 , akan tetapi masih ditahap yang boleh lagi ditambah mnegenai teori dan bukti mengenai membunuh diri.


10. Saya percaya masa kematian itu telah di ubahsuaikan dan di pendekkan . Apa yang perlu kita lakukan ialah mahu mengetahui siapa yag ada semasa kejadian tersebut bila dan tarkhnya ,misalnya 6.00 pagi pada 16 julai 2009.saya percaya ada pihak SPRM yang beribu pejabat di Shah Alam tahu mengenainya.

akan bersambung........

Tokeyai

Boleh tahan jugak...kita tunggu sambungan seterusnya ...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran