Showing posts with label csi kes teo. Show all posts
Showing posts with label csi kes teo. Show all posts

Saturday, January 16, 2010

Malu...Malu...Malu
16 jan 10

Terlajak perahu boleh undur...terlajak saman...malu beb malu...

Pakar patologi terkemuka, Dr Pornthip Rojanasunand - saksi penting dalam inkues Teoh Beng Hock - tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berlaku kebocoran hasil laporan bedahsiasat kedua.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili pejabat peguam negara, memberitahu koroner coroner Azmil Muntapha Abas (kiri) demikian dalam inkues kematian Teoh hari ini.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat AG dan peguam negara, Tan Seri Abdul Gani Patail meminta saya mengumumkan bahawa Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Tidak ada tuduhan yang akan dibuat terhadap Dr Pornthip," katanya.

Menurutnya lagi, polis juga mendapati Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kontroversi yang mengaitkan Dr Pornthip dengan kebocoran hasil laporan bedahsiasat kedua itu, timbul selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan terhadap pakar patologi Thailand itu pada 1 Januari lalu.

Pegawai SPRM itu, Raub Ghani, telah membuat laporan berhubung satu artikel dalam akhbar PKR -Suara Keadilan - yang memetik seorang pegawai kementerian kesihatan bahawa Dr Pornthip telah mengesahkan bahawa Teoh telah dibunuh.

Keluarta Teoh telah mempersoalkan tindakan Raub membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip dan kemudiannya memfailkan permohonan menghina mahkamah terhadap pegawai SPRM itu. Permohonan tersebut sedang didengar di hadapan Azmil hari ini.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas dia memberi kenyataan sebagai saksi dalam siasatan dakwaan salahguna peruntukan ADUN di Selangor, di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama pada 16 Julai tahun lalu.

Sementara itu, berlaku perang mulut antara penguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh dengan peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM ketika koroner berhubung permohonan menghina mahkamah terhadap Raub itu.-mkini

Wednesday, October 21, 2009

Berita Tergempar 80% Teoh Mungkin Dibunuh-Pakar Thai
okt 21 09

Semestinya kenyataan pakar patologi dari Thai ini akan membuatkan SPRM tak lalu makan dan tak lena tidur malam...semestinya jugak lepas ini SPRM akan cuba mencari pakar patologi lain yang akan menangkis pendapat pakar Thai ini...harap-harap dia tak jumpalah pakar yang akan bersekongkol dengan dia...biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah...

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.-mkini

Tuesday, July 28, 2009

Laporan CSI Teo -WRLR

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 7

(Ada satu bahagian yang tertinggal untuk diterjemahkan.Maka kerana itu saya mengambil keputusan untuk meneruskannnya dengan bahagian 7)

24/07/2009 by drrafick
1.Semalam saya menerima sepucuk email yang tidak memeperkenalkan dirinya.(kita namakan ia En A)seseorang yang berkerja dengan salah sebuah media tempatan.Saya tidak tahu sama ada ianya benar atau tidak tetapi beliau mendakwa bahawa semua media utama akan memainkan satu isu beberapa hari lagi bahawa ada .Kecederaaan yang mungkin disengajakan berdasarkan kepada kecederaan di sebelah tangan kirinya(media akan berkata ianya sebagai bahagian badan antara tangan dan lengan bawah,pergelangan tangan) sebagai tanda membunuh diri.Ianya tidak sama seperti yang saya katakan adanya tanda tigasegi disebelah kanan.

2. Pada pendapat saya berdasarkan kepada penilaian yang dibuat tanpa menggunakan alat untuk membesarkan gambar kemungkinannya ada sedikit tompok-tomok tertentu.Dengan megunakan alat untuk membesarkannya , mungkin sesetengah gambar akan dapat di jelaskan.Pertama sekali ialah tempat dimana kecederaaan yang dikatakan disengajakan itu bukan pada bahagian badan antara tangan dan lengannya , pergelangan tangan, tetapi berdasarkan kepada kecerderaan di tangan kanannya(hampir pada telapak tangan).

3.Keduanya , kecederaan dibahagian badan dan tangan, pergelangan tangan yang berceragah dan tidak bersih tetapi berlumuran dengan darah yang mengalir terus melalui tapak tangan.Ianya nampak kecederaan bahagian dalam antara bahagian badan dan lengan , pergelangan tangan , tersebut dan satu perkara lagi ialah tanda-tanda darah yang mengalir itu adalah minima.

4. Untuk kecederaaan bahagian dalam yang menyebabkan koyakkan pada daging, sudah tentunyalah banyaknya darah dibahagian yang cedera,tetapi darah tersebut tidak ada.Darah tidak wujud disitu.kenapa? Ianya satu soalan yang amat sukar untuk dijawab dan kemungkinan adanya beberapa fakta yang memungkin ianya di perjelaskan berdasarkan kepada keadaan semulajadi dan kualiti gambar yang teruk .

5. Pertamanya ianya mungkin kecederaan pada bahagian tangan setelah beliau mati, berdasarkan kepada kecederaan pada bahagian tangan kanan. Ianya mungkin ada kelaran dari benda tajam sewaktu mayatnya di gerakkan.Adakah kemungkinannya kecederaan ini berpunca dari kaca tingkap yang pecah, atau kancing pada gerbang atau pintu???



6 Perkara lain yang memungkinkannya kejadian tersebut ialah koyakkan pada permukaan kulit yang kecil. Sama ada ianya luka pada permukaan, ianya bukan kecederaan yang sama rata.Ianya nampak seolah-olah luka tersebut berpunca dari tersangkut pada sesuatu.Ianya bukan nampak luka pada bahagian badan dan tangannya.


7. Tanpa prasangka , nampaknya jika seseorang mahu melakukan pembunhan diri ianya tidak akan melakukan potongan pada bahagian tersebut.Ianya adalah terlalu jauh iaitu dari bahagian bahu ke bahagian lengannya,pergelangan tangan dan dimana banyaknnya darah mengalir.Koyakkan itu mungkin dari satu benda yang tajam dan ianya adalah satu torehan yang rata.Jika seseorang itu memang menggunakan tangan kanan sudah tentulah kecederaan itu di sebelah kirinya.Saya juga tidak pasti sama ada TBH adalah kidal atau sebaliknya.












KLIK UNTUK BESARKAN

GAMBAR DIHANTAR OLEH SEORANG PEMBACA.SAYA MEMBESARKANNYA UNTUK SAMA-SAMA MELIHAT DAN MEMERHATI-(DR RAFFICK)



8. Sesetengah pembaca membuat andaian bahawa mayat beliau diangkat dan ditempatkan dimana tubuh beliau dijumpai.Namun dengan perasaan rendah diri , saya membantahnya .Terlalu banyak justifikasi yang menyatakan bahawa beliau terjatuh dari tempat yang tinggi.


9.Sesetengah pembaca pula menyatakan bahawa secebis bahan besi yang berada di lantai bukanlah jam tangan dan mencadangkan ianya adalah bahan dari bahagian tingkap.Saya tidak bersetuju ianya adalah cebisan dari tingkap berdasarkan kepada warna bahan tersebut yang lain dari yang ada disitu.







10. Dengan bantuan dari pembesaran gambar . saya mempunyai peluang untuk lihat secara lebih jelas lagi akan objek yang terang berkilat tersebut.Apa yang saya lihat ialah satu benda metalik krom yang seakan akan jam atau rantai tangan.Ada satu lagi yang saya nampak ialah sebuah imej Chalie Chaplin.Saya membiarkan ianya di adili oleh para pembaca.Kini saya sendiri tidak pasti apa kah ianya ,namun percaya ianya adalah jam tangan.Saya mungkin tersilap ,sehingga ke tahap ini, punca kematiannya bukanlah kejadian membunuh diri.






11. Saya juga dikejutkan oleh pembaca bahawa wujudnya sebuah blog yang membuat tuduhan yang serius keatas 2 ADUN DAP yang juga EXCO Kerajaan negeri Selangor dengan menyatakan bahawa “bagaimana operasi rasuah yang dijalankan” di Selangor dimana t4tbh.blogspot.com digunakan untuk menyerang kerajaan Pakatan Selangor .Saya percaya ini adalah usaha untuk meyerang kembali semua tuduhan dan tanggapan rakyat yang selama ini mengesyakki sesuatu yang tidak kena dengan kematian TBH.Siapakah mereka ini???Apa yang anda sangkakan semuanya betul belaka.



Monday, July 27, 2009

Laporan CSI Teo -WRLR

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 5

by drrafick

1. Tulisan saya pada hari ini agak terlewet lerana saya menghadiri satu jamuan makan malam disebuah restoran teman saya di Solaris yang terletak di Mount Kiara.Restoran yang diberi nama Coff & Tea terletak di Solaris Dutamas.Pembukaan sebenarnya akan buat beberapa hari lagi .Makanannya sedap.Sila hadir bila anda senang(Iklan)


2. Semasa dalam restoran tersebut, banyak komen datang ke HP saya. Sesetengahnya meletakkan pandangan yang baik.sesetengahnya meletakkan pandangan yang berbeza tetapi bersifat profesional(bukan pandangan macam sampah dan membuatkan orang menyampah).Ini sesuatu yang bagus.Saya akan cuba untuk menjawab balik sesetengah komen untuk satu perbincangan ilmiah.Saya membuat servey secara rawak pada sesetengah tetamu yang hadir di Coff &Tea dengan sebaik mungkin sebab musabab kematian TBH .Tiada sesiapa pun yang percaya kepada berlakunya kejadian bunuh diri.


3. Ada seseorang yang meberikan komen dalam blog saya bahawa mayat tersebut terletak 20 kaki dari dinding banggunan dan kerana itu adalah mustahil seseorang dapat keluar (terjun,lompat, dsb) dari tingkap .Berdasarkan dari perbincangan di atas kedudukan letak badan terbaring diatas lantai,sesetengahnya percaya bahawa kedudukan badan itu telah diangkat dan diletakkan disitu.Saya merayu bahawa ianya adalah berbeza dari apa yang terjadi.


4. Pertamanya , saya tidak tahu bagaimana pembaca membuat tafsiran dengan membuat andaian bahawa ianya mungkin 20 kaki tinggi.Berdsaarkan dari apa yang tertera dalam internet. Dinding banggunan itu tidak boleh dilihat.Apa yang dapat kita lihat hanyalah lantai,dinding pelindung yang rendah yang terdapat di sepanjang tepi beranda, yang terletak berdekatan dengan tubuh TBH.Mayat itu terbaring dilantai konkrit(simen) yang hanya mempunyai keluasan 3 kaki x 3 kaki .

5.Dalam sesetengah gambar dalam internet.terdapat beberapa batu bata yang dibawa masuk oleh pihak polis dan terletak berdekatan dengan tubuh TBH.Kita tahu bahawa batu-bata kegunaan pembinaaan ini mempunyai saiz yang sama 4inci x 8 inci .berdasarkan kepada saiz batu bata yang ada, saya membuat andaian pengiraan bahawa jarak batu bata dan dinding adalah sekitar 9 kaki. Saya mengangarkan saiz ruang dengan dinding banggunan antara 9-12 kaki berdasarkan kepada gambar yang ditunjukkan di bawah .






jarak bata-9 kaki tinggi ??


mayat dan dinding yang tidak kelihatan 9-12 kaki





6. Saya tidak fikir bahawa tubuh TBH telah didiubah kesitu sebab adanya bukti bahawa kejadian kancing gerbang atau pintu tingkap yang pecah , dan bagaimana kejadian koyakkan pada seluar di bahagian buntutnya.Biar saya jelaskan berdasarkan gambaran photo dibawah.





7 . Dalam artikel saya yang lepas saya telah membuat andaian bahawa mungkin satu atau 2 orang yang terlibat telah mengangkat mayat TBH ke tepi tingkap yang pada masa itu telah 30 minit mati. Dia telah mengangkat mayat TBH pada sebelah kanan nya dan meletakkan mayat tersebut pada tingkap(ada kunci,selak,benda yang tajam sebagai pengikat tingkap) .Semasa beliau menolak mayat TBH melalui tingkap, kunci,atau benda yang menjadi pengikat pintu yang agak tajam tadi telah tersangkut pada seluar TBH iaitu ditengah-tengah nya (bahagian pinggul).Dengan keberatan dan bebanan TBH serta aksi cara menolak beliau jatuh tadi ,seluar beliau tersangkut sehingga rabak ke poket sebelah kirinya.


8. Pada sebelah kirinya ada sedikit koyakan lurus terus ke bahagian sebelah kanan seluarnya.Berdasarkan kepada gambar, saya percaya “kematian TBH” yang jatuh disebelah kaki kirinya sepatutnya patah sebelah bahagian betis dan bukulali dan berkemungkinan berlaku patah di bahagian pinggang..Ini berdasarkan kepada bukti “hematoma” yang besar pada gambar dibahagian punggung dan juga pergelangan kaki yang terkalih.(lihat pada gambar sebelah kaki kanan)

9. Dalam bahagia ke 4 saya telah menjelaskan bahawa cerita yang di siarkan dalam Malaysiakini, yang mana di laporkan oleh wartawan yang bernama Norma Ghazali, saya cuba untuk bercakap dengan beliau dan mengajukan sedikit pembetulan dalam laporannya yang beliau laporakan bahawa pejabat SPRM telah tutup.


10. Berdasarkan kepada laporan beliau , beliau telah ke pejabat SPRM untuk membuat liputan tentang kenyataan akhbar yang sepatutnya dibuat oleh EXCO kerajaan negeri pada 16 Julai 2009.Beliau telah sampai awal di Plaza tersebut dan terus ke pejabat SPRM pada jam 115 petang,pintu pejabat terbuka dan ada penyambut tetamu(bahagian pertanyaaan) di muka pintu.Menyedari bahawa beliau terawal, lalu beliau pun turun ke lobi.


11. Pada lebih kurang sekitar jam 130 petang, beliau berpatah balik ke pejabat SPRM dan dapati pintu kayu tersebut telah di tutup rapat.beliau merasa pelik kenapa pintu ditutup pada hal ianya tidak sedemikian. Beliau dan beberapa lagi wartawan turun semula ke bawah dan setelah mebeli beberapa barang dan naik semula pada jam 150 petang dan dikatakan bahawa pintu dibuka.




12. Beliau(wartawan Malaysiakini) tidak dapat mengingati seseorang yang berda dalam pejabat SPRM dan pada jam 2 petang YB YLC datang dan membuat kenyataan akhbar .dalam pukull 220 petang seseorang keluar dari pejabat SPRM dan memberitahu bahawa terdapat mayat pada bumbung podium dan kemudiannya wartawan bergegas untuk membuat sisatan.


13. Kunci utama kepada siasatan dan pandangan Norma ialah bahawasanya pintu pejabat itu sebenarnya terbuka pada kebiasaaannya. Kenapa ianya di tutup pada hari itu, pada masa yang sama mayat TBH dijumpai seseorang (orang yang kononnya mengambil berat, penyibuk WRLR ) dalam lebih kurang dalam 20 minit kemudian pintu pejabat SPRM ditutup.Masa tutup pintu dan masa mayat dijumpai adalah hampir sama mayat TBH ditemui oleh si penyibuk. Apa yang sebenarnya terjadi di dala Pejabat SPRM???


14. ianya lebih menarik jika ada seseorang yang mempunyai rakan di Telco’s dan berdasarkan kepada nama pegawai yang bertgas di pejabat SPRM Shah Alam, kita boleh mendapatkan nombor panggilan sebelum beberapa jam mayat TBH dijumpai .Ini tentu lebih berharga.


You can download images for greater clarity

akan bersambung............part 6

Saturday, July 25, 2009

Laporan CSI WRLR

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 4

24/07/2009 by drrafick
1. Hari ini(bukan tarikh terjemahan-tarikh 24)Saya menerima panggilan dari seorang teman lama yang sama kelas di era zaman persekolahan tahun 80an.Kami sudah lama tidak berbual sejak keluar dari Universiti 1988.Hari ini beliau adalah merupakan seorang doktor pakar di salah sebuah hospital terkemuka di Utara tanahair .Sebenarnya ada orang yang mengemailkan kepada beliau tulisan saya dan menyatakan adakah adanya logic dari apa yang telah saya terangkan dalam tulisan saya dan mengikutinya, dan kemudianya diikuti dengan satu panggilan telefon.

2. Perkara pertama yang keluar dari mulut beliau ialah salam, kemudiannya bertanyakan kepada saya adakah saya menerima kunjungan pihak polis.Saya ketawakan akan soalan beliau.Saya katakan kepada beliau bahawa , saya tinggal tidak jauh dari rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail dan polis melihat saya setiap hari, dan untuk tidak merepek terlalu jauh , dia berkata bahawa rasa respek dengan apa yang telah saya tuliskan mengenai seorang yang berbangsa cina yang saya tidak langsung mengenalinya.Beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan sanggup untuk melakukannya.

3.Untuk rekod saya ingin juga menjerit menyatakan bahawa saya sebenarnya dibesarkan didalam sebuah masyarakat yang tidak ada penghadangnya.Saya dibesarkan dimana warna kulit dan bangsa bukan menjadi penghalang kepada seseorang untuk bercakap benar.Semua manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa akan juga berbuat kesalahan jika kesalahan ingin dilakukan.saya di besarkan di sebuah kem di batu 9 Kuantan.Bapa saya seorang anggota tentera.Dalam tahun 70an banyak di kalangan bukan Melayu yang menjadi tentera , dan kami ketika kanak-kanak membesar bersama dalam suasana berbagai agamma dan bangsa.

4. Saya menulis kerana dalam pandangan saya merasakan bahawa apa yang terjadi itu adalah tidak betul . hari ini ianya berlaku kepada TBH, esok lusa mungkin kepada sanak saudara atau anak-anak kita.Ianya adalah fardhu kifayah untuk saya bekongsi dan mendapatkan jawapan kepada perkara yang masih didalam keadaan gelap gelita untuk di jelaskan.

5. Berbalik kepada episod saya dalam bahagaian ke 5,salah seorang yang memberikan komen , berdasarkan kepada imej yang telah saya masukkan, dan besarkan terdapat sebuah jam tangan yang boleh menjelaskan keadaan dan waktu . Beliau memberikan 4 cadangan yang berkemungkinannya boleh digunapakai.ia membuatkan saya berfikir bahawa jam tangan akan terhenti bila terkena kesan hentakan pada tingkap,(bukan masa kematian)Saya emailkan kepada beliau dan bertanyakan gambar yag dibesarkan , dan saya sendiri belum mendapatkannya.

6. Bagaimana pun saya tidak pasti beliau mempunyai gambar tersebut, walaubagaimana pun dengan adanya teknologi, sesebuah gambar dapat di besarkan dan dijelaskan lagi .Kita mempunyai 26 juta rakyat Malaysia.jika ada 1 juta orang yang betul-betul peka dengan kematian TBH dan sanggup juga untuk bersama-sama mendapatkan kebenaran tentang kematiannya .Saya percaya dalam sejuta orang itu akan ada lagi kawan-kawan mmereka yang berada di dunia ini.Mungkin dalam berjuta orang ini akan ada yang pakar dengan hal-hal gambar dan imej dan menjadi komuniti internet mengkaji dan membesarkan lagi imej TBH ini untuk kita mengkaji dan ini amat kita hargainya.


7. Jika ada seseorang yang betul-betul tahu akan bagaimana untuk membesarkan imej terutamanya yang melibatkan jam tangan TBH , kita mungkin akan dapat melihat dan mengkaji akan kes jam tangan beliau.Ini mungkin dapat menolong.Bagaimana pun maklumat jelasnya ialah beiau sebenarnya mati diketika dalam tahanan SPRM dan semasa disoalsiasat.Pegawai SPRM telah membebaskan beliau pada jam 345 pagi.Pada pandangan kita pula adakah beliau mati sekitar jam 6 pagi dan begitu teruja untuk berada di tingkap tinkat 14 banggunan SPRM selama 20 -30 minit selepas beliau mati.Biar kita jangan membuang masa meneka dengan kejadian teori membunuh diri tambahan pula ianya tidak disokong dengan bukti-bukti yang jelas lagi nyata.

8.TBH telah jatuh dari salah satu tingkap pejabat SPRM.SPRM merupakan sebuah jabatan kerajaan.Ini bermakna ada kakitangan SPRM di pejabat ketika itu.Pejabat kerajaan tidak pernah lenggang dari orang ramai. Jika pun adanya seseorang yang ditahan dalam lokap pun akan ada orang yang akan menjaganya. Ini membuktikan TBH tidak keseorang di ibu Pejabat SPRM Selangor . SPRM sepatutnya menjaga saksi utama kes kajadian ini. Jika ada sebarang kematan yang melibatkan saksi semasa dibawah tanggungjawab mereka (SPRM) khasnya menjadi satu kewajipan dan tanggungjawab mereka untuk mendedahkan kajadian dengan lebih terbuka dan telus. Inilah yang dikatakan menghargai satu nyawa dan bukan nyawa satu-satu bangsa itu


9. Saya mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pembaca yang mahu memberikan pendapat yang mana akan membawa kita untuk menyelesaikan masalah tersebut.Biar pihak polis melakukan kerja mereka dan kita pula mencari maklumat tambahan untuk mendapatkan jawapan kematian TBH.Kita Cuma mahu keadilan dilaksanakan dan ianya tidak akan berulang lagi dan juga tidak terjadi keatas kita ,anak kita saudara mara dan juga rakan-rakan kita.Marilah kita bekerjasama untuk menangkap berdebah dalam SPRM yang melakukan kerja-kerja bajingan ini dan menangkap mereka untuk diadili dan tidak merosakkan nama sebuah jabatan kerajaan dan nama baik individu yang jujur dan bermaruah di SPRM. Sesiapa diantara anda yang tahu dan tidak mahu tampil kehadapan akan menyesal seumur hidup kerana tidak mahu menjelaskan perkara sebenar malah akan menghantui seumur hidup anda dan akhirnya akan dihukum dengan seadil-adilnya di akhirat nanti.

akan bersambung...........part 5

Thursday, July 23, 2009

khamis Jul 23 09
LAPORAN CSI KES TEO VERSI WRLR

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 1



terjemahan oleh: Amiruddin Ahmad


19/07/2009 by drrafick

1. TBH dikatakan akan berkahwin pada 16 julai 2009 setelah mendaftar perkahwinan mereka.beliau sudah pun berkahwin (secara tradisionalnya) dan isteri beliau telah mengandung.Adakah berlakunya masalah di rumah , sehinggakan beliau mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri?Dari apa yang di dapati beliau tiada masalah dalam perkara ini.

2. TBH dikatakan berada di pejabat SPRM di antara 15th (5.00pm) dan pada 16 Julai 2009(6.00pg).Pejabat SPRM terletak di Plaza Masalam.Dia jatuh dari banggunan tersebut.bagaimana ianya berlaku tanpa di sedari dan kedengaran sebarang suara jeritan diantara 6 pagi dan 130petyang bilaman tubuh beliau ditemui.Hotel Concorde di sebelahnya.banyak pejabat jabatan kerajaan di dalamnya dan yang anehnya tiada siapa yang mendengarnya?ini menimbulkan sedikit persoalan.


3. Pertamanya , beliau mungkin tidak terjatuh antara 600 pagi dan 130 ptg pada 16 julai 2009 tetapi mungkin lebih awal dari itu.Kemungkinan juga beliua mungkin meninggal semasa didalam pejabat SPRM.Tiada bukti,tanda beliau menjerit .kemungkinan beliau terjatuh dari tempat tinggi ,dan beliau dalam keadaaan khayal.?

4. Dato Mohd Shukri Abdul mendakwa didalam pejabat tiada CCTV.mungkin inilah yang dikatan kehebatan SPRM.

5. Bagaimana pun saya pernah ke Plaza Masalam untuk urusan dalam beberapa hal di Jabatan Ukur dimana ianya terletak di tingkat 17.berdasarkan kepada pengalaman saya,saya perlu mendaftar di pintu utama di jaga pintu lif di tinkat 5 (atau 4) dan jika saya tidak salah, banggunan tersebut mempunyai CCTV diseluruh banggunan itu.??bagaimana pun tiada seorang pun yang hadir untuk mengesahkan waktu ketibaaan beliau dan waktu beliau keluar berdsarkan kepada bukti-bukti yang diberikan.




6. Berdasarkan pictures on the nut graph blog, ianya melihatkan 3 gadis menjenguk keluar dari tingkap yang kecil dari salah sebuah tingkat Plaza Masalam.Tiga gadis cantik itu jika dilihat dari jarak dekat, ianya nampak lebih kecil jika tingkap yang dibuka itu diperhatikan secara jelas.Berdsarkan dari gambar tinggi antara dinding ke tingkap itu antara 4 ke 5 kaki,.ianya tidak semudah itu untuk orang sekecil TBH untuk memanjat melainkan beliau berpijak diatas sesuatu.Cuma kemungkinannnya ialah jika ianya diluncurkan dari tingkap.Tubuh badanya yang kecil mungkin boleh dilakukan jika ditolak secara kasar.


7.DalamMalaysiakini, pula dilaporkan gambar-gambar TBH tertiarap diatas bumbung banggunan .jika dilihat dari jarak dekat,ada beberapa fakta .Diantaranya darah kering dari kepala TBH seolah-olah mengalir dari arah berdekatan dengan seorang polis yang berdiri.



8. Mati 5 jam sebelum mayat ditemui jatuh tingkat 14(Akhbar hari ini)Pakar forensic boleh membuat anggaran bila kematian itu berlaku berdasarkan kepada mayat yang berlumuran darah yang ditemui dan juga dengan sejumlah kecil darah yang berada di sekeliling mayat, sama ada ianya mati sebelum jatuh atau semasa ianya jatuh.Jika ianya berlaku ditempat kejadian sudah tentulah percikan darah itu lebih melebar kesan dari jatuh dari tempat yang dinyatakan.(ianya juga tidak menunjukkan berkecainya salur usus dan otak yang berhamburan jika dilihat dari tempat terbuka.



9. Perkara keduanya ialah bilamana tubuh badannya dalam keadaan tertiarap di sebelah kanan.Kenapa tidak menyembam ke simen???Orang yang jatuh dari tempat tinggi biasanya akan tertiarap atau terlentang jika beliau terjatuh dari tingkap.Jika TBH melompat saya menjangkakan ia akan jatuh secara kakinya dahulu .Gambar TBH tidak menunjukkan ciri-ciri yang menyakinkan yang beliau mengalami keretakan tulang sedemikian rupa.Mungkin pos mortem akan membuktikannya.


10. Ketiganya ada kesan koyak pada seluarnya di bahagian punggungnya .Kenapa koyak di situ??Jika seluarnya tersangkut pada sesuatu pada masa ianya jatuh, kenapa koyakkan sedemikian rupa? Mungkin jatuhnya menyebabkan koyakkan pada seluar beliau sedemikian rupa??



11.Adakah ianya berpunca dari utas dawai atau cangkuk pada tingkap?berdasarkan kepada gambar kemungkinan apa yang berlaku ianya mungkin tersangkut pada tingkap sebelum terjatuh,ianya mungkin di tolak dalam masa yang sama ianya tersangkut pada cangkuk kunci tingkap tersebut.Itu punca kenapa seluarnya koyak di bahagian punggung.

12.Perkara ke empatnya ialah ada 3 batu bata yang berada berdekatan dengan mayat TBH.Ianya tidak diketahui sama ada ianya memang berada di situ sewaktu beliau terjatuh atau memang ianya ada kaitan dengan kejadian tersebut.Adakah batu-bata yang hampir sama dalam pejabat SPRM yang digunakan sebagai tempat meletak pasu bunga atau sebarang kegunaan lain? Ini hanya dapat dijawab oleh pihak polis yang menjalankan siasatan.


13. Tanpa pelan struktur banggunan pejabat SPRM, dan lokasi tempat kejadian, adalah sukar untuk menjelaskan kejadian tersebut. Para pemberita menjelaskan bahawa TBH terjatuh dari tingkat 14.Saya tidak begitu pasti dari manakah mereka membuat tafsiran sedemikian.


14. Jika beliau jatuh melalui tingkaphe fell through one of the windows, sudah tentulah adanya punca dan juga bukti kejadian pada tingkap dimana ianya di percayai terjatuh atau kawasan sekitar banggunan tersebut.Pilihan yang ada pada kes ini tersangat terhad namun ialah kemungkinannya ianya kejadian jenayah yang berlaku.


15.Kita perlu menunggu siasatan dari pihak polis .Malangnya masyarakat membuat berbagai tanggapan terhadap PDRM dan mengharapkan sesuatu yang tinggi dari mereka untuk menjelaskannya.Namun dalam masa yang sama ,masyarakat telah membuat berbagai telahan akan hasil laporan yang bakal diketahui mereka.Malah mereka juga mengganggap bukti yang pihak polis akan berikan berbeza dari tanggapan masyarakat, dan pada tanggapan saya penjelasan dari pihak polis akan menyebabkan masyarakat umum akan hilang keyakinan kepada mereka.



16. Kematian TBH masih menjadi misteri yang sukar untuk dirungkai.Berdasarkan kepada kurangnya bukti.Beliau kemungkinannya telah meninggal semasa soalsiasat dan mayatnya dijumpai seolah-olah terjatuh dari banggunan.Bukti-bukti akan muncul juga akhirnya.Saya berharap pihak yang terlibat akan dihukum dan sipenjarakan……..


akan bersambung............

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 2



1. Selepas mengeluarkan satu bahagian dalam satu penyiasatan yang telah diperolehi ke atas TBH dimana fakta kematian beliau yang diperolehi dari maklumat orang ramai, ianya menjadi kenyataan apabila semua fakta dan telahan didapati benar .Dengan maklumat yang berbelit dari ketua Polis Selangor dan juga sesetengah pembaca ,saya percaya(saya dan pembaca blog saya) telah berjaya sekurang-kurangnya menyelesaikan beberapa keributan yang timbul dan misteri kejadian yang berjaya di dedahkan.

2. Saya percaya , pihak kkami adalah yang terwal menjelaskan kepada umum bahawa TBH sebenarnya jatuh dari tempat yang tinggi(kemungkinannya besarnya dari pejabat SPRM) dan yang pertama mendedahkan tentang bahagian yang koyak di bahagian pungggungnya dan kemungkinanya seluar beliau tersangkut pada kunci tingkap atau benda yang seakan kunci yang menyebabkan koyakkan yang besar.

3.Sebelum meneruskan siasatan, biar kami lihat dan sahkan bahawa kami telah keluarkan satu maklumat menerusi layat internet .Antara nya ialah:

a) Pihak polis telah mengesahkan berdasarkan CCTV bahawa TBH telah ke pejabat SPRM pada sekitar jam 515petang pada 15 julai 2009.


b) Tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan melalui CCTV ,bahawa beliau telah meninggalkan pejabat SPRM pada atau masa tertentu pada 15 julai dan 16 Julai 2009 sehinggalah mayat beliau ditemui pada jam 130 petang oleh “seorang yang mengambil berat” dan menjelaskan bahawa pada masa yang tersebuttiada sebab beliau meniggalkan banggunan SPRM.

c) Maklumat dari “seorang yang terlalu mengambil berat” ini sama ada beliau lelaki atau wanita ini amat dicurigai atau tidak jelas.ianya menjelaskan bahawa “orang yang terlalu mengambil berat ini” sedang melakukan apa –apa tindakan dalam masa mayat tersebut di temui.

d) Pihak polis telah mengesahkan bahawa TBh telah jatuh dari tempat tinggi melalui tingkap tingkat 14 pejabat SPRM dan mendarat di bumbung tingkat 5 podium atau platfom banggunan.


e) pihak polis juga telah mengesahkan bahawa secebis kancing pada gerbang atau tingkap ditemui pada mayatnya dan ianya dipadankan dengan apa yang di teui di tingkap pejabat SPRM



f) ada sedikit kontradiksi antara keyataan akhbat yang di keluarkan oleh Dato Shukri Abdul yang mengaitkan masa TBH di soalsiasat. Gambar dari CCTV menunjukkan bahawa TBH telah memasuki banggunana tersebut pada jam 515.saya menyatakan demikian kerana ianya mungkin mengaml masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk naik ketingkat atas dan menyediakan dirinya untuk disiasat .Saya juga percaya sessi soalsiasat bermula jam 5.30 petang.

g) Dato Shukri juga menyatakan bahawa TBh telah di bebaskan pada jam 345 pagi , akan tetapi beliaumengaml keputusan untuk berehat di tempat tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang biasanya berlaku. Ini adalah kerana tiada sesiapa pun yang akan menunggu di tempat beliau di soalsiasat .Jika beliau benar-benar di bebaskan kenapa pihak SPRM masi memegang talefon bimbitnya? Ini menunjukkan bahawa pihak SPRM tidak jujur.





4. Dalam teori saya . TBH sebenarnya telah meninggal semasa di soal siasat oleh pihak SPRM.Ini bukanlah sesuatu yang luar baisa, namun ia telah disahkan bahawa beliau “telah meninggalkan pejabat SPRM” atau sama ada melalui tingkap tingkat 14.Apa yang menjadi isu sekarang ini ialah bagaimanakah keadaan beliau semasa meninggalkan banggunan tersebut ?adakah beliau sudah mati, sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri atau masih hidup.


5. Dalam teori saya, Dato Khalid menyatakan bahawa berdasarkan pos mortem , TBH telah meninggal semasa dalam tahanan SPRM, beliau telah meninggal dunia 4-5 jam sebelum beliau ditemui.Saya tidak begitu bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana ia bermakna TBH telah jatuh pada antara jam jam 830 pagi ke 930 pagi .Jika beliau masih hidup,sudah tentu seseotrang mendengar beliau menjerit.Jika beliau telah meninbggal dunia dan dicampak keluar melalui tingkap, sudahntentulah ada seseorang yang ternampak akan kejadian tersebut dan terdengar sesuatu yang jatuh dengan kuat!!



6.Dalm tulisan saya yang pertama, saya mencadangkan bahawa kemungkinan beliau telah mati lebih dari 6 jam berdasarkan kepada gambaran visual yang ditunjukkan termasuk badan dan juga percikan darah di atas bumbung sebagaimana yang dilihat dalam internet.Saya tidak lah pakar dalam hal ini , namun ramai yang boleh bersetuju dengan opandangan saya.


7. Dalam membina semula apa yang terjadi,dan jika berda di tempat saya , teorinya ialah beliau telah meninggal dunia semasa dalam tahanan dan soal siasat.Pihak IO telah merasa gelabah dan mula merancang sesuatu.Saya mengesyakki bahawa bahawa mayatnya telah di luncurkan keluar melalui tingkap sebelum jam 6 pagi.





8. Tambahan pula terdapat seorang saksi yang melihat (Tan) yang menyatakan bahawa beliau melihat TBH bergerak ke tandas pada jam 6 pagi, saya percaya dia tersilap masa.Beliau sebenarnya telahb tersalah agak kerana beliau ditahan pada waktu malam dan kemugkinanya terkeliru.Secara dasarnya saya percaya bahawa semasa dalam pejabat SPRM kemungkinannya ada saksi yang boleh dikatakan sebagai suspek dalam kes ini. Dalam akhbar online melaporkan bahawa Tan tidak mahu bekerjasama dengan pihak polis.


9. Zberbalik semula kepada peristiwa diawal kejadian, saya percaya TBH sebenarnya telah meninggal dunia semasa beliau di perosok dan dicampak eluar dari tingkap.Sebelum jam 6 pagi, dan dalam masa tersebut suasan masih gelap gelita kemungkinannya tida sesiapa yang melihatnya .Saya mengesyakki bahawa seseorang bertanggungjawab untuk menggangkat mayat TBH di mana kepalanya berada di sebelah kanan beliau , beliau kemudiannya cuba melepasi tingkap kecil .Seluar beliau tersangkut pada sesuatu yang menyerupai kunci dan dengan berat badan beliau kemungkinan nnya seluar tersebut koyak di punggungnya.



10. Saya percaya bahawa beliau mati selepas terjatuh dari atas paras bumbung tingkat 5 banggunan berdasarkan kepada jumlah kecederaan dan percikan darah di bumbung tersebut.Jika beliau masih hidup dan jantung masih berdegup, jumlah percikan darah sudah tentulah lebih besar lagi berbanding jika beliau mati secara mengejut di situ.



11. Saya juga mendapat komen dari seorang pembaca bahawa terdapat tanda besar pada sebelah kanan tangan beliau.saya tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana apabila saya menggunakan pembesar dengan ms paint .Tanda tiga segi merah tidak kelihatan, ia hanya tanda merah biasa.Kecuali ada pergelutan yang tidak dapat dijelaskan.


12. Sehingga kini siasatan polis dan juga petunjjuuk yang diberikan oleh pihak saya nampaknya hampir sama. Bahawasanya beliau mati semasa soal siasat oleh pihak SPRM dan banggunan SPRM dan tingkap iti ditingkat 14.Saya tertanya-tanya juga apa kegunaanbilik tersebut, dan di mana pula tingkap itu berada.Pihak polis tidak pula megeluarkan sebarang kenyataan sama ada beliau meninggal semasa kejadian jatuh itu, atau sebelum nya.


13. Saya merayu kepada semua pembaca adakah anda melihat akan tanda-tanda yang releven atau ada unsur-unsur yang boleh dijadikan asas kepada gambar-gambar dalam internet untuk di kongsi bersama.Elok untuk kita selesaikan akan teka teki ini.Mari kita lihat sama ada ia sam dengan atau hampir sama dengan apa yang di siasat oleh pihak polis atau langsung keluar dari apa yang diberikan.



akan bersambung......... part 3

TRAGEDI KEMATIAN DI SPRM-PENGETAHUAN CSI KU YANG TIDAK TERLATIH - PART 3

My CSI Findings Part III
21/07/2009 by
drrafick
1.Selepas dua penulisan saya berhubung dengan kematian TBH kini ia mnjurus kepda bahagian ke 3 iaitu setelah membaca dan membuat kajiselidik dari sesetengah kenyataan dari individu dan juga media,saya percaya pihak polis mendapati bahawa tiada sebarang bukti sebagaimana yang saya catakan. Ketua polis negara dalam kenyataannnya bersama Dato najib di KLIA merumuskan bahawa siasatan hapir selesai danmereka mengharapkan untuk menyerahkan kepada Ketua pendakwaraya secepat mungkin.


2. Apa yang didapati hasil dari kajian melalui internet 2 hari lepas, dan juga gambar-gambar yang telah di kaji , mari kita membuat kenyataan sebegini:


a) TBH telah meninggal semasa beliau dibawah sisasatan SPRM dan beliau “sebenarnya begitu teruja ketika berada di pejabat SPRM dan di tingkat 14” .Pihak jabatan kimia mungkin telah mengesahkan akan keadaan ini.


b) Pihak polis telah mengsahkan bahawa TBH tidak meninggalkan tepat tersebut pada jam 345 pagi dan

TBH personal belongings like wallet, P1 hand phone and his backpack was still in the possession of MACC until it was given to the police 2 days later.
Bahawa semua HP,dompet masih berada dalam simpanan pihak SPRM sehingga telah diberikan kepada pihak polis 2 hari lalu.


c) Ia juga dilaporkan bahawa TBH telah meninggal 4-5 jam sebelum beliau dijumpai.Saya cukup tidak bersetuju dengan isu ini.


d) Salah seorang ahli DAP yang dinamakan sebagai Tan telah menyebut bahawa beliau telah berjumpa dengan TBH berdekatan dengan bilik persalinan atau tandas pada sekitar jam 6 pagi pada tarikh 16 Julai 2009.


e)Tiada maklumat yang jelas dan muktamat yang keluar dari mulut atau kenyataan bahawa beliau telah meninggal sebelum” keluar” dari tingkap atau meniggal akibat kesan jatuh.


3. Saya agak terganggu mengenai masa dimana TBH dikatakan dilihat oleh Tan.Saya mengambil keputusan untuk membuat panggilan untuk mengesahkan maklumat.Berdasarkan kepada sumber yang jelas, ianya didapati bahawa TBH bercakap dengan Tan , saya juga di maklumkan bahawa tan tidak meliaht jam pada ketika beliau bertemu dengan TBH.

4. Dia (Tan) telah bertanya kepada TBh bagaimana soalsiasat tersebut berjalan, namun tidak dijawab oleh TBH.beliau hanya mengeluarkan satu suara , namun masih tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh TBH. Dikatakan kelihatan agak murung, apa yang dimaksudkan, saya sendiri tidak pasti.Saya mengagak sesiapa sahaja yangtidak cukup tidur dan dikejutkan sepanjang malam, sudah tentulah menghadapi tekanan , dan sudah tentulah dalam keadaan mood yang tidak baik.


5. Saya cuba untuk lebih mendapatkan kepastian berhubung dengan masa pertemuan antara Tan dan TBh berdsarkan maklumat yang saya dapati,bila sahaja Tan meningglkan TBh sekejap , matahari telah mula muncul.beliau telah membuat telahan berdasarkan matahari.Saya mula membuat kajian kemunculan matahari di Shah Alam sejak beberapa hari lepas .matahari mula jatuh pada sekitar jam 549 petang.


6. Berdasarkan kepada kajian mengenai masa matahari tersebut, jelas semasa Tan keluar dari pejabat, ianya adalah sekitar 549-555 pagi.saya jangkakan bahawa Tan menemui TBh pada sekitar jam 530 pagi. Ini menunjukkan bahawa TBh masih ada sekitar 530 pagi.Ini adalah lebih kurang 8 jam sebelum beliau ditemui mati.

7. Jika kita melihat kepada kenyataan yang dibuat oleh pihak polis dari jabatan pathologist (bedah siasat) , TBH telah meninggal lebih kurang 5 jam sebelum beliau dijumpai, bermakna jam 830 pagi.saya membuat anggaran masa kematiannya ialah 6 jam sebelumnya iaitu sekitar jam sebelum 730 pagi.


8. Berdasarkan kepada maklumat yang telah saya jelaskan , iannya menunjukkan bahawa Tan telah meninggal pada jam 6 pagi. Dalam masa yang sama , di Shah Alam, matahari baru terbit , budak-budak membuat persdiaan untuk kesekolah. Pihak jaga kemungkinan masih lagi bersin dan keadaan jalanraya masih lagi belum sibuk tetapi sedang meningkat.


9. Sebagaimana teori awal saya , beliau telah mati semasa dalam tahanan SPRM. Tubuhnya telah di campak keluar mungkin seorang atau lebih tidak lebih dari 2 orang untuk melihat ianya seolah-olah kejadian mebunuh diri yang berlaku dari tingkat 9 , akan tetapi masih ditahap yang boleh lagi ditambah mnegenai teori dan bukti mengenai membunuh diri.


10. Saya percaya masa kematian itu telah di ubahsuaikan dan di pendekkan . Apa yang perlu kita lakukan ialah mahu mengetahui siapa yag ada semasa kejadian tersebut bila dan tarkhnya ,misalnya 6.00 pagi pada 16 julai 2009.saya percaya ada pihak SPRM yang beribu pejabat di Shah Alam tahu mengenainya.

akan bersambung........

Tokeyai

Boleh tahan jugak...kita tunggu sambungan seterusnya ...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran