Monday, July 20, 2009

isnin 20/07/09
BILA BOSS SPRM BERSUARA



Tiba-tiba hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sedang yang pertama kali membuat kenyataan mengenai kematian Teoh Beng Hock adalah Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull sendiri yang berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini. Ditanya sewaktu itu bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang (dipercayai tukang cuci bangunan tersebut) tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Oleh kerana Datuk Shukri hanya mengutara dua kemungkinan iaitu "terjatuh atau terjun" maka itulah sebabnya ia menimbulkan kemarahan rakyat kerana ia samasekali tidak dapat diterima oleh rakyat berdasarkan keadaan mayat yang ditemui yang tidak menunjukkan sebarang kecederaan fizikal yang sepatutnya ada jika Teoh terjatuh atau terjun dari tingkat 14 ke tingkat 5.

Ahmad Said berkata lagi kes penyalahgunaan peruntukan negeri yang disiasat SPRM itu hanyalah kes biasa dan bukannya kes besar sehingga boleh menimbulkan kematian.

"Bukan kerja kami hendak siasat sampai buat (kematian) macam itu sekali...kes biasa sahaja," katanya.

Ahmad Said berkata laporan sesetengah media didapati cuba mengeruhkan keadaan dan mewujudkan perselisihan faham dan tanggapan bahawa SPRM punca kematian Teoh.

"Jangan cuba wujudkan perselisian faham dan sensitiviti kaum...saya pun secara peribadi hendak tahu juga apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Tokeyai
Bila Teo dah disemadi baru mamat ni muncul dan bersuara mana pegi selama ini menyorok ke...kalau kes biasa takkan soal orang dari petang sampai dah dekat subuh lama tu nak korek-koreklah tu dek terlampau nak korek-korek maklumat samapaikan teo jatuhpun sampai terkoyak seluar dia...sampai tak ada darah...pelik-pelik cuba tengok gambar ni

ehsan greenboc

Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui-Polis
Jul 20, 09

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui, kata Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut - yang diselubungi pelbagai persoalan.

Tokeyai
Maknanya teo masih didalam bangunan bukannya dibunuh diluar dan mayatnya diletakkan disitu... jika didalam siapa yang bersama teo tentu SPRM...persoalannya apakah teo mengigau dan lompat keluar tingkap jika begitu kenapa seluarnya koyak dipunggung dan kenapa tiada darah ditempat kejadian atau adakah teo mati ketika disoalsiasat dan mayatnya diletakkan disitu...buntu-buntu kepalo tokeyai



No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran