Monday, July 27, 2009

Kesian Dr Chua Soi Lek.....
Dr Chua Rayu Supaya Diberi Peluang Dalam Parti

PULAU PINANG, 26 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek merayu kepada presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat supaya memberi peluang kepadanya untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden parti itu.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata rakyat sebenarnya sudah bosan dengan perpecahan yang berlaku dalam parti itu dan pemimpin parti perlu bekerjasama antara satu sama lain bagi memperkukuhkan parti.

"Saya rayu supaya diberi peluang," kata Dr Chua, yang juga Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN), pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan BN Bukit Gelugor di sini, Ahad.

Selain itu, beliau juga meminta Ong agar tidak berterusan menimbullkan suasana tegang dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya.

Dr Chua berkata Menteri Pengangkutan itu sepatutnya memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti dan tanggungjawabnya sebagai menteri.

"Tetapi sampai sekarang beliau asyik bercakap yang ada orang cuba menjatuhkannya dan ini membuatkan keadaan dalam parti tegang," katanya.

Katanya Ong juga mendakwa ada kumpulan tertentu dalam MCA yang menentangnya dan sanggup menggunakan wang untuk mengulingkan beliau.

"Sehingga kini saya tidak dapat kesan kumpulan tersebut (anti Ong) dan sebenarnya dalam parti juga ada kumpulan menentang saya kerana saya dikatakan ahli politik 'kitar semula'" katanya yang berharap dapat berbincang dengan Ong bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Sementara itu, Dr Chua berkata Ong sepatutnya membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau diugut bunuh oleh kumpulan tertentu ekoran isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Kalau betul apa yang diperkatakannya itu, beliau harus membuat laporan polis atau memaklumkan kepada Kabinet dan saya pasti beliau akan dibantu," katanya.

Tokeyai

Dr Chua ikutlah jejak Dr Chua jui meng yang masuk keadilan buat apa nak terhegeh-hegeh mintak simpati sampai macam tu sekali mr ong tu memang dah tak suka kat dr chua so tunggu apa lagi...kat keadilan dr chua boleh bergerak bebas berpolitik tak percaya tanya chua jui meng...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran