Wednesday, July 22, 2009

rabu,Jul 22 09
PERTEMBUNGAN PRO-ISA DAN ANTI ISA

JANGAN LUPA 1 OGOS NANTI


Demonstrasi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang bakal bertembung dengan ribuan pendukung akta kontroversi itu, 1 Ogos ini.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu bakal memimpin "rakyat Malaysia yang cintakan keamanan" berhimpun di Pasar Seni di ibu negara bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap ISA.

Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan rancangan itu.

Katanya, dengan berpakaian putih, mereka akan berhimpun pada jam 1 tengah hari dan mengumpulkan tandatangan orang ramai meminta kerajaan mengekalkan akta tersebut.

Tokeyai

Pada perkiraan tokeyai pertembungan dua gerakan ini adalah perancangan pihak tertentu demi untuk membatalkan gerakan anti isa yang dirancang sejak sekian lama itu.Apabila ada dua kumpulan besar yang berhimpun untuk tujuan cabar mencabar tentang sesuatu isu sudah tentu pihak polis akan membatalkan perhimpunan tersebut atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam oleh itu jangan melihat pewaris ini sebagai pertubuhan yang bermutu sebaliknya ia adalah alat untuk dikambingkan hitamkan bagi menggagalkan perhimpunan anti ISA itu tapi seandainya jika kedua-dua perhimpunan ini dapat diadakan tersangatlah bagusnya kita boleh lihat perhimpunan mana yang lebih hebat dan mendapat dokongan ramai oleh itu dikesempatan ini tokeyai mempelawa eloklah kita beramai-ramai menjayakannya demi mendaulatkan erti demokrasi yang sebenarnya...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran