Wednesday, July 22, 2009

rabu,Jul 22 09
Maka Arakian Bertitahlah lagi AsSultan...Memberi Peringatan
"Hakim perlu berintegriti...tidak memihak"

IPOH: Selagi kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, telus dan terbuka, tiada mahkamah boleh menyalahkan kerajaan, melainkan ada hakim yang hilang integriti, memilih berpolitik atau bersimpati dengan kumpulan atau pemikiran politik, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah, ujian utama dan paling berat bagi hakim adalah memiliki sifat tidak memihak atau tidak berat sebelah terutama dari segi emosi dan kecenderungan.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan peranan badan kehakiman yang profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak perlu di-pertahankan.

"Hakim mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kedaulatan undang-undang dan integriti mahkamah dan jika mereka gagal memenuhi amanah itu, akan berlakulah ketidakseimbangan.

"Kesetiaan hakim adalah kepada keadilan yang bersandarkan undang-undang dan dalam memenuhi tanggungjawab itu, hakim terdedah kepada penilaian umum kerana telah dibina mekanisme pada peringkat mahkamah yang lebih tinggi, dengan panel hakim yang lebih ramai untuk menyemak sesuatu penghakiman yang dibuat," titah baginda merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di sini, semalam.

Tokeyai
Rasa-rasanya dah banyak kali sultan perak ini mengingatkan para hakim tentang perkara demikian tapi tokeyai tengok macam tu jugak perbicaraan bila sampai kemahkamah lebih tinggi keputusan dah jadi lain seolah-olah hakim yang membuat keputusan sebelum ini tak layak jadi hakim bila berurusan dengan pakatan rakyat dia menjadi lembab dan banyak penangguhan dan ditolak tetapi bila berurusan dengan umno tak sampai setengah jam dah ada keputusan jadi Tuanku penat aje Tuanku cakap dia orang bukannya nak ikut masuk telinga kanan keluar kat sebelah lagi....kita tengok kes Dato seri Nizar dan Dato seri Anwar ini macamana ada perkembangan tak...........

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran