Sunday, July 19, 2009

ahad,19/o7/09
Sebab-sebab mengapa SPRM dilihat sebagai kuda tunggangan UMNO


SEKETERIAT
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA


Tarikh : 25 Febuari 2008

Kenyataan Terbuka

SPRM MATI DI HARI 'RASMI' KELAHIRANYA.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia secara rasminya telah di rasmikan 'kelahiranya' oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Febuari 2009, di PWTC, Kuala Lumpur.

Namun meneliti beberapa perkembangan serius mutaakhir ini maka dengan ini bagi kami Anak Muda Malaysia mengistiharkan bahawa SPRM sudah mati rohnya di hari 'rasmi' kelahiranya.

Gendang perang rasuah yang dipalu kerajaan 'sejak berundurnya Dr. Mahathir' amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BPR iaitu
  • masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
  • masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleh didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.
Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Sememangnya laporan ini bertujuan menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah hampir masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes hampir berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn
.
Kes a
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes b
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN (walaupun tanpa ada laporan). Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes c dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat beberapa tahun kebelakangan ini kepada BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti (palsu) dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan. Malah dalam kes melibatkan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki, SPRM langsung tidak menunjukkan minat walaupun YB Karpal Sigh telah mendedahkan bukti rakaman suara Tun Zaki mengaku menerima rasuah.

Pendedahan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen juga memeranjatkan dimana beliau punya bukti bahawa SPRM punya bukti dan tangkapan ketika urusan rasuah dijalankan oleh Bn Kedah ketika sedang dalam operasi membeli ADUN (KEADILAN) Kulim.

Di Selangor tentu ramai yang mempertikaikan kerajaan PAKATAN kerana sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan? Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.
Dipetik dari blog chegubard

Tokeyai

Akhirul kalam UMNO perlu mohon permit kubur untuk jenazah SPRM......



No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran