Friday, July 31, 2009

Polis Teruja- buat road block awal-awal

Sekatan jalan menjelang demo ISA esok
Jul 31, 09

Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalulintas bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan - pro-ISA dan anti-ISA - bertegas untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.

Tokeyai

Tak boleh naik kereta kita naik motor tak boleh naik motor kita naik bas/komuter tak boleh jugak kita jalan kaki kalau jalan kaki tak boleh jugak....hah kita naik ANGIN kita terbalikkan jalan-jalan tu hempuk kat kepala musa hasan dan hishamudin....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran