Monday, July 27, 2009

Pro-ISA marah Khairy larang demo



Kumpulan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

Tokeyai

hai belum apa-apa dah gaduh.....bagus-bagus gaduh lah gaduh seronok tokeyai tengok kumpulan PROISA ini tak jadi kumpul buat menyemak and kacau daun aje....korang tak takut ke khairy panggi ko orang beruk-beruk jalanan... khairy takut kana panggil ketua beruk sebab tu dia tak mahu join ko orang....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran