Friday, July 24, 2009

Muhyiddin Minta ahli UMNO Cermin Muka Sebab UMNO Dah Nazak
Pena Tokeyai
Mak oiiiii...bukan main semangat lagi TPM ni memberi motibasi kepada orang umno tokeyai rasa mesti sampai terkeluaq ayaq liuq dia ni....buatlah macamana pun cukuplah 50 tahun hang memerintah terlampau banyak persoalan yang tak terungkai yang miskin terus miskin yang kaya bertambah kaya....cukuplah tu rakyat kini dah sedar 50 tahun diberi kepada umno untuk memartabatkan bangsa melayu nampaknya hanya harapan dan janji-janji kosong diberikan untuk apa menagih simpati jika peluang yang diberi dipersia-siakan jika dah jelas didepan mata masihkah orang melayu dan orang umno hendak diperguna dan diperbodohkan lagi jangan dipertaruhkan dan disandarkan harapan pada yang bernama UMNO hanya kerana usianya yang dah lanjut jika diibaratkan sebagai nyawa ia semakin menuju kepada saat-saat kematiannya orang melayu dan umno harus sedar hakikat selama mana ia akan menongkat langit arus perubahan semakin bertiup kencang rakyat malaysia yang lain telah bersedia menerima perubahan apakah kita mampu hidup dalam satu watak umno didalam rumpun yang ramai hanya untuk mempertahankan watak-watak umno ini jika boleh sampai bila..100 tahun 300 tahun mampukah kita ada ruangkah ketika itu sedangkan rumpun yang lain juga terus berkembang dan mengharapkan jugak apa yang diharap oleh orang melayu dalam membina tamadun dan kelangsungan hidup konsep 1malaysia najib ini pun sebenarnya menjurus kearah kepelbagaian tapi masih takut-takut dan ingin cuba-cuba dulu sedangkan dipihak pakatan rakyat mereka lebih berani dan terkedepan meninggalkan umno jauh dibelakang percayalah didalam apa yang dipanggil clash civilisation(pertembungan ketamadunan) ini akhirnya UMNO akan membuka keahliannya kepada semua rakyat malaysia.......kita tunggu dan lihat


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang sedang berlangsung haruslah berbincang dan mencari kaedah untuk memperkasakan parti dengan mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada Umno.

Beliau mengingatkan bahawa mesyuarat perwakilan Umno bahagian, bukan sekadar memenuhi syarat dalam perlembagaan parti, malah ia harus dimanfaatkan sebagai satu persidangan untuk ahli dan pemimpin parti itu menilai dan muhasabah diri dan parti.

"Kita tidak ada masa yang banyak, mulai sekarang kita kena bertindak dan atur strategi dan yang penting kita duduk sama-sama berbincang dan cari punca kenapa kita kalah dan bangkit semula dan tebus kekalahan kita,"

"Kita kena nilai atau cermin muka (kenapa kalah dalam pilihanraya)...cara dan budaya politik kita kena berubah " katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pokok Sena di Kedah hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, rakyat telah memberi persepsi yang berbeza terhadap Umno dan anggapan itu termasuklah melihat Umno sebagai parti yang mementingkan kaum puak sendiri sahaja.

Muhyiddin berkata, pemimpin Umno haruslah selalu mengadakan mesyuarat bagi mengenal pasti masalah rakyat di kawasan mereka, selain turun padang membantu rakyat.

"Jangan hanya mesyuarat setahun sekali, ada juga yang tidak bermesyuarat langsung dan yang tidak cukup korum, kita mesti serius, jangan bagi alasan kita sibuk kerana jika sibuk macam manapun, selagi kita pegang jawatan kita tidak boleh tinggalkan rakyat kerana rakyat akan menolak kita jika Umno tidak bantu rakyat", katanya.

Tarik pengundi muda


Pemuda dan Puteri Umno juga, katanya, haruslah berusaha untuk menarik pengundi muda menyokong Barisan Nasional (BN) kerana anak-anak muda sekarang mempunyai pandangan mereka sendiri.

"Anak-anak muda sekarang telah bercakap soal keadilan dan ketelusan dalam alam maya (internet) dan kita haruslah berusaha menarik mereka menyokong kita," katanya.

Umno sekarang adalah dalam keadaan kritikal dan politik orang Melayu sekarang semakin tercabar dan disebabkan itu, katanya, semua pemimpin Umno di semua peringkat haruslah membuat perubahan.

Muhyiddin berkata, ada dua persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat iaitu soal keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap pemimpin Umno dan oleh itu semua pemimpin Umno haruslah berupaya memberi keyakinan dan kepercayaan mengenai ketulusan dan keikhlasan untuk membantu rakyat.

"Jangan harap orang akan berubah jika kita sendiri tidak berubah dan perubahan itu sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) dalam tempoh 100 hari menjadi perdana menteri dan marilah kita sama-sama menyambut gelombang baru yang sedang ditiup.

"Kita (Umno) ada tiga juta ahli dan jika kesemua tiga juta ahli ini dapat digerak untuk membuat perubahan, 25 juta rakyat Malaysia boleh berubah...marakkan api yang terus menyala dan jangan tunjuk kelemahan kita," katanya.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran