Monday, July 13, 2009

RAKYAT MANIK URAI JANGAN TERMAKAN RASUAH-RASUAH DIJANJI UMNO

Tokeyai..

Boleh dipanggil rasuah?kenapa tidak rasuah adalah apajua bentuk imbuhan yang diberi untuk memancing,menarik keinginan seseorang supaya dengan itu sipemberi akan mendapat sesuatu balasan dengan apa yang diberi dari sipenerima.Kita lihat sahaja segala janji-janji atau imbuhan yang akan diberi kepada manik urai jambatan,pembangunan dan segala insfrastruktur oleh umno jelas menunjukkan matlamat menghalalkan cara mereka akan melakukan apa sahaja dan menggunakan segala jentera kerajaan dalam memenuhi keinginan mereka sedangkan dalam konteks sebenarnya selaku sebuah parti yang bertanding menentang parti lain adalah tidak masuk akal ketika proses pilihanraya mereka mengamalkan dasar hukum rimba.Jika benar umno dan bn sebuah kerajaan yang mendulukan rakyat dan beretika kenapa corak pembangunan berpilih-pilih dan hanya hebat diperkatakan ketika adanya satu-satu PRK, yang betulnya ini adalah kerajaan menipu, berkepentingan dan bermuka-muka sepatutnya konsep 1malaysia mereka perlu ditukar begini "rakyat ditipu kekayaan untuk aku" 1malaysia aku sapu itu baru betul dan kena dengan segala hadiah-hadiah dan janji-janji (rasuah politik) yang UMNOBN war-warkan itu.Jadi kepada pengundi manik urai berfikirlah secara matang dan berakal kalau umno tu betul dah lama dah dia majukan manik urai bukannya sekarang apa selama ini dibawah PAS kehidupan disana tidak terbela jika itu yang dibangkitkan ia perlu ditanya kepada PM kenapa tidak diberi wang secukupnya kepada kelantan kenapa tidak dibayar royalti minyak kepada kelantan mereka ini yang jahat sebenarnya mereka ini yang menyekat kemajuan dinegeri Pakatan Rakyat mereka ini berhatikan iblis rela melihat rakyat menderita kerana tidak menyokong mereka sedangkan dalam islam dengan orang kafir pun kita harus berbuat baik selagi mereka baik dengan kita ini apa lagi sesama islam justeru itu pengundi manik urai khususnya dan rakyat malaysia amnya kita perlu tolak golongan yang macam ni jangan biarkan mereka terus-terusan menjana anak cucu kita sedangkan dasar mereka selama ini terbukti banyak yang gagal dan mengecewakan....

PAS tergugat di Manek Urai?

KUALA KRAI: Kurang 24 jam, lebih 12,000 pengundi di Manek Urai akan menentukan wakil rakyat dan parti pilihan mereka Selasa ini selepas berada di bawah PAS.

Kalau sebelum penamaan calon, PAS mendahului dengan 60 peratus sokongan manakala 40 peratus pengundi memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun jurang itu kini semakin rapat sehinggakan ada yang berpendapat BN boleh menggugat kedudukan PAS.

Ini kerana beberapa kawasan kubu kuat PAS misalnya di Chuchoh Puteri, Sungai Sok dan Lata Rek kini boleh dimasuki jentera BN. Perkara itu adalah mustahil sebelum ini. Faktor generasi muda yang dahagakan pembangunan juga menyumbang ke arah itu.

Tumpuan juga diberi kepada kawasan peti undi yang mempunyai populasi pengundi yang tinggi seperti di Sungai Perial dengan 2,019 pengundi, yang juga peti undi tertinggi daripada sembilan peti undi di Manik Urai.

Pemerhati politik melihat keadaan itu sebagai pengukur kepada kematangan politik pengundi selain tiada isu tempatan yang mendesak dibangkitkan kecuali keduadua pihak cuba memainkan isu yang dekat dengan pemikiran "Melayu Pantai Timur".

PAS masih bersandar pada isu Islam dan dakwaan kerajaan persekutuan menganaktiri rakyat negeri itu melalui tuntutan royalti minyak, manakala BN pula berjanji untuk membawa pembangunan dan menjadikan kawasan itu "anak emas" kerajaan persekutuan.

Tokeyai

Ingat pesan tokeyai jangan termakan pujuk rayu UMNOBN


Nik Aziz ragu janji TPM bina jambatan



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.

NONE"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.

Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Tokeyai

Memang AmNo ni kerajaan menipu TGNA jangan risau tok guru tokeyai rasa pas akan menang besar besok sebab pengundi manik urai dah bijak-bijak belako...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran