ogos 25 09
BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kononnya beliau mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir bulan lepas.
"Saya ada jumpa dia tetapi berkaitan hal kerja di Parlimen, secara peribadi tidak ada," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir pada Selasa.
Laman web The Malaysian Insider melaporkan kononnya Anwar telah mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Najib di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Anwar bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundi di situ pada pukul 8.30 pagi.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, dan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman, 38.
Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu akibat serangan jantung.-bernama

Tokeyai
Dah agak dah itu semua propaganda UmnoBn jer...nak buat pengundi p.pasir confius je...tak ada-adapun sebenarnya...
No comments:
Post a Comment