Saturday, August 29, 2009

Kisah Warga Belanda Menghina Mahkamah Kita
ogos 29 09

Seorang warga Belanda telah tidak mematuhi perintah mahkamah tinggi syariah Shah Alam dengan bertindak tidak mematuhi hak penjagaan keatas anak yang sepatutnya diberikan kepada isterinya, mengikut rekod dia telah membawa keluar anak mereka pada 5 mac lalu melalui rantau panjang dan tidak dapat dikesan hingga kini...Apa yang tokeyai nak ulas bukan pasal hak penjagaan anak tersebut sebab masing-masing ada alasan keatas hak penjagaan tersebut yang perlu dilihat disini ialah bagaimana kedaulatan undang-undang kita begitu rapuh dan dipandang enteng oleh masyarakat luar kenapa boleh terjadi demikian....apakah kita sebagai empunya undang-undang ini begitu menghormati dan mematuhi undang-undang tersebut...apakah tidak pernah berlaku kecalaran dalam undang-undang kita sehingga memaksa mereka untuk menghormati mahkamah kita tentu ada diantara kita yang tersenyum kambing bila tokeyai ajukan soalan macam itu...dipendekkan cerita kes terbaru mengenai hukuman sebatan keatas kartika semua pihak kecoh sehingga perintah mahkamah itu dipandang sepi sebelumnya kes DS Nizar kita lihat bagaimana mahkamah berfungsi langsung tak menunjukkan kedaulatannya begitu juga dengan kes DS Anwar mahkamah bertindak seperti diREMOTE CONTROLkan oleh sesuatu pihak dan ini sekadar beberapa contoh... jadi kita yang menjadikan dia begitu tak perlu hairanlah jika dunia lain tak hormat mahkamah kita sebab telah dicerminkan sebegitu dan janganlah dok menyalak kata kedaulatan undang-undang kita telah dicabar selagi kita sendiri tidak mendaulatkan undang-undang tersebut dalam erti kata sebenarnya......

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Frank dan meminta kerjasama Imigresen, Interpol dan pihak berkuasa lain supaya pengatur cara komputer warga Belanda itu ditahan dan dilarang keluar dari Malaysia.

Ia dikeluarkan selepas Frank gagal menyerahkan semula Ferris kepada Elis Syuhaila yang juga ibu kepada Ferris pada 5 Mac lalu.

Difahamkan Ferris mempunyai pasport, mykid dan surat beranak yang didaftarkan di Malaysia.

Pasangan itu dalam proses perceraian selepas mendirikan rumah tangga pada 2001.

Selepas berkahwin di Malaysia mereka menetap di rumah mereka di bandar Maasmechelen, Belgium yang bersempadan dengan Belanda.

Elis Syuhaila yang kembali menetap di negara ini dua tahun lalu turut memperlihatkan rakaman foto ketika kanak-kanak itu masih kecil.

Beliau hanya mengetahui Ferris berada di luar negara selepas rekod Jabatan Imigresen menunjukkan anaknya itu keluar melalui Rantau Panjang, Kelantan pada 5 Mac dan tiada rekod menunjukkan dia masuk semula.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Muhd. Khairun berkata, biro tersebut telah mula mengkoordinasikan langkah-langkah untuk menjejaki Ferris.

"Alhamdulillah pejabat Menteri Luar, Datuk Anifah Aman telah bersetuju untuk membantu biro dan kita akan bekerjasama dengan bahagian konsulat di luar negara untuk merujuk kes ini kepada pejabat kedutaan kita di Belanda.

"Kita juga mendapat kerjasama daripada pihak imigresen untuk mendapatkan rekod keluar masuk yang terkini ayah Ferris, Frank... insya-Allah mereka (pihak imigresen) akan memberi kita makluma tersebut dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhd. Khairun berkata, dua perkara yang amat dikhuatiri mengenai Ferris adalah status perjalanannya kerana semua dokumen seperti passport dan mykid kanak-kanak itu berada bersama-sama ibunya.

"Kedua adalah akidahnya sebagai seorang Islam," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang ada terjumpa atau melihat Ferris supaya menghubungi pusat aduan 03-... atau menghubungi ibu mangsa di talian 013-2191205.

Sementara itu, Elis terus merayu Frank agar menyerahkan semula Ferris kepadanya seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah. Dengan linangan air mata, ibu muda ini tidak putus-putus berharap agar dia dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama anaknya.

"Selama enam bulan saya dan tanggung rindu terhadap dia (Ferris). Kalau boleh saya nak jumpa Ferris. Baju Melayu, sampin Ferris dan capal untuk Ferris dah ada.

"Manalah tahu Allah Maha Kaya saya dapat jumpa Ferris bila dekat raya, saya harap sangat dapat jumpa dia.

"Satu hari kalau dia tak jumpa saya dia akan demam. Saya nak tahu sangat keadaan dia macam mana, sihat ke dia, sebab saya tak tahu langsung keadaan dia lepas dia dibawa pergi," katanya sambil menitiskan air mata.

Menurut ibu muda ini lagi, telah mencuba pelbagai cara untuk menghubungi keluarga bekas mentua dan bekas suaminya.

Bagaimanapun usaha tersebut gagal kerana tiada sebarang respons diberikan.-mstar

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran