Friday, August 21, 2009

H1N1-M'sia Minta bantuan WHO
ogos 21 09

Apabila dah terhantuk barulah cepat-cepat nak minta bantuan itulah stail pemimpin kerajaan sekarang cuba awal-awal dulu mintak tolong sekurang-kurangnya taklah ramai yang mati dan nampak kerajaan buat kerja...ini tak bila keadaan dah tak terkawal baru terhegeh-hegeh nak mintak nasihat orang...jenis apa kerajaan macam ini...tak pasal-pasal ramai rakyat jadi mangsa akibat kelekehan kerajaan bertindak.....cit...tara guna...

Pakar WHO Bantu M'sia Kaji Kadar Kematian A(H1N1)

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Tiga pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengkaji kadar kematian akibat influenza A(H1N1) di negara ini berikutan bilangan yang meninggal dunia meningkat kepada 68 orang hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia telah meminta WHO menghantar tiga pakar epidemiologi untuk mengkaji sebab kematian akibat A(H1N1), khususnya punca beberapa pesakit menghidap pneumonia dengan cepat dan meninggal dunia dalam tempoh yang singkat.

"Mereka akan mengkaji klasifikasi kematian itu. Ada meninggal dunia kerana ada pertindihan penyakit dan ada akibat jangkitan terus. Kami mahu mereka melihat klasifikasi kematian supaya kita melaporkan keadaan sebenar.

"Ini memastikan kita boleh menetapkan perbandingan yang adil selepas kita mengguna pakai garis panduan WHO dalam hal ini. WHO akan melihat kes kematian di negara ini dan memantau keadaan.

"Pakar kajian saintifik mengenai penyebaran dan pengawalan penyakit (epidemiologi) itu tiba di sini semalam dan sudah memulakan tugas hari ini," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan daripada 68 kematian, 70 peratus adalah kerana pesakit menghidap penyakit bertindih, 20 peratus lambat mendapatkan rawatan dan 10 peratus, kebanyakannya kanak-kanak, adalah kerana jangkitan secara langsung.

Liow berkata pakar WHO itu akan turut mengkaji penularan wabak A(H1N1) di peringkat komuniti bagi menentukan mengapa virus itu merebak dengan pantas di negara ini berbanding dengan negara lain.

Menurut pakar kesihatan, kumpulan peringkat umur yang besar kemungkinan menghidap virus itu adalah antara umur lima dan 24 tahun.

Bagaimanapun, ada sebilangan pakar menyebut bilangan kematian akibat influenza A(H1N1) di Malaysia mungkin lebih tinggi berbanding dengan negara jiran tetapi kadar kematian pesakit A(H1N1) tidak begitu tinggi.

Semasa taklimat media baru-baru ini, Dr Christopher Lee, pakar perunding kanan dan ketua jabatan penyakit berjangkit Hospital Sungai Buloh, berkata ini adalah kerana berdasarkan anggaran WHO bahawa pada setiap kes yang disahkan A(H1N1), sebanyak 15 hingga 20 kes tidak dilaporkan.

Berikutan itu, adalah difahamkan Kementerian Kesihatan telah meminta bantuan WHO untuk mengkaji situasi di negara ini.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran