Thursday, August 13, 2009

penduduk kg buah pala diusir keluar
ogos 13 09

Atas dasar kemanusiaan tokeyai tetap tidak setuju penduduk kg buah kepala diperlakukan sedemikian cuba terkena kepada kita yang telah puluhan tahun mendiami kg tersebut tiba-tiba diusir keluar apa pun alasan keadaaan ini memang tak patut berlaku pintu rundingan walaupun berliku tidak seharusnya ditutup apakah kerana mereka masyarakat India kerajaan persekutuan bersikap lepas tangan macamana jika mereka itu masyarakat melayu atau cina apakah kerajaan juga akan bersikap lepas tangan macamana dengan konsep 1malaysia Najib apakah konsep itupun mengamalkan sikap double standard....pelik...pelik...tokeyai

GEORGETOWN: Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan.

Sebentar tadi, Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata sebanyak empat jentolak sudah bersiap sedia memasuki kawasan berkenaan.BH

PETUGAS merobohkan rumah bersiap sedia dengan jentolak untuk masuk ke Kampung Buah Pala sambil diiringi polis, pagi ini.
PENDUDUK menggunakan kereta dan rantaian manusia untuk menutup jalan masuk ke Kampung Buah Pala.
SUASANA di luar Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran