Friday, August 28, 2009

Kepala Lembu Umno Mainkan Lagi Api Perkauman
ogos 28 09

Mula-mula Tokeyai tak faham diberitakan ada polis kat situ tapi hanya sebagai pemerhati sedangkan diketahui perhimpunan itu haram dan ada melibatkan isu agama isu yang paling sensitif didunia jadi apa tujuannya polis ada dekat situ buat menyemak aje kalau tak boleh nak menghalang perhimpunan tersebut...tapi kemudian baru tokeyai terfikir jika polis tak bertindak apa-apa maknanya itu perhimpunan UMnolah tu sebab kalau PR yang buat awal-awal lagi dah kena hambat itu bezanya dan ada juga hikmahnya polis tak halang sebab orang hindu 1Malaysia ada alasan untuk membenci UMno jangan sampai ada yang bakar masjid kemudian kuil pulak dibakar sudah,kalau berlaku jugak UMno dan 50 ekor lembu itu harus bertanggungjawab....


Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Polis hanya memerhati

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.

"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."-mkini



No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran